suria

Suria hiburkan pendengar dengan persembahan dalam talian 'Konsert Suria Nova Bersama Anda'

Hazama dan Adira antara barisan artis yang akan memeriahkan Konsert Suria Nova Bersama Anda.

BAGI menyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Stesen radio Suria FM dengan kerjasama syarikat rakaman Nova Music buat pertama kalinya akan menganjurkan konsert secara dalam talian iaitu Konsert Suria Nova Bersama Anda pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak menang sebahagian wang tunai berjumlah RM50,000? Jadi pemanggil terpantas di Suria

Konsert yang bermula puckel 9 malam itu membariskan nama penyanyi seperti Hazama, Indah Ruhaila, Idayu, Ezad Lazim, Adira, Amir Masdi, Fiena dan Sofea Arissa.

Barisan artis yang akan menjayakan Konsert Suria Nova Bersama Anda.

Bukan itu sahaja, konsert ini juga akan menampilkan penyampai segmen Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali sebagai hos.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata ia merupakan sebuah cara alternatif yang digunakan untuk terus memberikan hiburan kepada peminat walaupun masih berada dalam tempoh PKP ini.

"Bagi menghormati arahan PKP yang berlanjutan, Suria melihat ini bukanlah satu alasan untuk tidak kekal memberikan selektif program yang menarik kepada peminat dan pendengar setia.

"Jadi, apa yang Suria boleh berikan adalah pendekatan yang terbaik dan berbeza tetapi tetap memberikan hiburan kepada peminat semua.

Diharapkan pendengar setia dan peminat Suria dapat terus memberikan sokongan dengan mendengarkan Suria

DJ LIN

PENGURUS KANAN SURIA/PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Bertepatan dengan nama konsert Suria Nova Bersama Anda, walaupun berada di rumah dan tidak dapat bertemu dua mata dengan penyanyi-penyanyi popular ini, kami akan kekal bersama dan memberikan hiburan kepada peminat dan pendengar menerusi platform digital kami.

"Diharapkan pendengar setia dan peminat Suria dapat terus memberikan sokongan kepada Suria dengan mendengarkan Suria dan menonton program-program digital terbitan Suria di media sosial Suria Malaysia, Youtube Suria TV dan laman web Suria.my," ujarnya.

Konsert ini akan bermula pada Selasa jam 9 malam secara langsung di Facebook Suria FM dan YouTube Nova Music.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Artikel Lain