“Niat kau bagus... Nobody is perfect!” - Faizal Tahir pesan agar Black merendah diri, puji berani minta maaf secara terbuka

Faizal puji tindakan Black membuat permohonan maaf.

TINDAKAN penyanyi Black Hanifah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram menerima pujian rakan artis antaranya Faizal Tahir.

Dalam hal ini, Faizal berkata Black mengakui kesilapan diri dan menerima teguran netizen itu dengan hati terbuka.

"Bro, tenang bro! It's okay semua orang buat silap, kita manusia. Nobody is perfect!

ARTIKEL BERKAITAN: Black, Tomok dan Shuib angkat ‘bendera putih’! - “Maaf sekiranya saya menyakiti hati kalian, harap hentikan komen tak baik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan bodoh sangat... dah tunjuk mewah lepas tu nak minta bantuan” - Black Hanifah bengang dituduh suka meminta

"Tiap hari kita buat silap dan belajar benda baru. Niat kau bagus bro! Itu nilai seorang manusia dan Muslim yang sangat baik, kau merendah diri mengaku silap dan minta maaf. 

"Itu jauh lebih baik daripada orang yang tak terima teguran dan sombong," katanya.

Faizal Tahir tinggalkan komen di video permohonan maaf Black.

Penyanyi lagu Ragaman ini menulis pandangannya itu menerusi ruangan komen pada video permohonan maaf yang dimuat naik oleh Black pada Selasa.

Sebelum itu, Black tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kenyataannya itu mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Dia turut meminta netizen menghentikan kecaman dan tohmahan terhadap dirinya serta keluarga.

Bukan sahaja Black, malah penyanyi Tomok dan pelawak Shuib turut membuat permohonan maaf di laman Instagram masing-masing.

Tomok, Black dan Shuib buat permohonan maaf secara terbuka di Instagram.

Ini berikutan tindakan mereka menyuarakan pandangan mengenai anak seni khususnya artis veteran dan pekerja belakang tabir perlu dibantu oleh kerajaan akibat kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isu tersebut mendapat perhatian netizen yang kurang senang kerana menganggap golongan artis mempunyai kehidupan mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Dalam pada itu, Faizal meminta Black terus menjaga hubungan dengan Allah dan menjalani kehidupan secara sederhana.

"Hidup bermasyarakat bro macam-macam kerenah manusia. Orang akan salah faham dengan kita daripada semasa ke semasa.

"Jadi yang penting jaga hubungan dengan Allah bro... InsyaAllah semua okay," ujarnya.

Faizal Tahir, Black

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain