“Aku dah penat dengan semua ni!” - Alha Alfa dituduh buka aib, bekas isteri pula nafi pernah hamil dan gugur - Hiburan | mStar

“Aku dah penat dengan semua ni!” - Alha Alfa dituduh buka aib, bekas isteri pula nafi pernah hamil dan gugur

Noor Azlin menafikan dia pernah hamil dan mengalami keguguran.

PENDEDAHAN Datuk Alha Alfa mengenai perceraiannya mengundang kecaman netizen apabila ada yang beranggapan jurusolek itu hanya membuka aib bekas isterinya, Noor Azlin.

Menurut Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, dia tidak kisah dengan kecaman kerana dirinya sudah tidak mampu lagi menanggung perkara itu seorang diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Alha Alfa sah bercerai selepas enam bulan berkahwin - “Saya lepaskan dia... tak nak dia kemurungan dan stres”

Alha juga meluahkan rasa kecewa apabila segala kebaikan yang pernah dilakukannya sebelum ini tidak dilihat.

Antara luahan Alha di Instastory miliknya.

"Minta maaflah... Kalau nak kata aku buka aib pun, lantak pi la. Aku dah penat dengan semua ini!!! Kenapa aku saja yang kena hadap semua ini?

"Tak nampak langsung dah ke kebaikan yang aku pernah lakukan? Jahat semua ke yang aku buat selama ini? Kenapa? Kenapa orang yang aku sayang pun sanggup menipu.

"Sanggup nak jatuhkan maruah aku kat orang? Sanggup nak malukan aku dekat semua orang?" tulisnya menerusi laman Instastory.

Pada Ahad, Alha mendedahkan dia dan Noor Azlin mengambil keputusan untuk berpisah secara baik setelah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Saya tak nak bekas isteri saya terganggu dan biarlah tamat begini kisah kami.

DATUK ALHA ALFA

JURUSOLEK TERKENAL.

Menerusi posting yang sama, Alha berkata dia hampir menjadi seorang bapa sebelum isterinya mengalami keguguran baru-baru ini.

Bagaimanapun, menerusi komen balas Noor Azlin kepada salah seorang netizen, dia menafikan dakwaan dirinya pernah hamil dan keguguran.

"Tak ada la, saya tak pernah mengandung," kata Azlin.

Sementara itu, Alha yang memadam posting berkaitan perceraian itu menjelaskan tindakan itu dilakukan supaya bekas isterinya meneruskan kehidupan tanpa gangguan orang luar.

Alha dedah jarak usia menjadi salah satu punca perpisahan mereka.

"Saya padam bukan sebab saya takut tapi cukuplah beberapa orang yang sempat baca dan tahu situasi yang berlaku. Saya tak nak bekas isteri saya terganggu dan biarlah tamat begini kisah kami.

"Doakan kami dengan jalan yang lebih baik Allah luaskan selepas ini. Kepada netizen, cakaplah selagi mampu, fitnah dan kutuk la saya selagi daya.

"Kepada bekas isteri, saya diam dan berhenti di sini bukan maksud saya kalah. Tapi cukuplah niat saya nak beritahu orang yang awak bukan lagi isteri saya. Jadi, tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak," ujarnya.

Alha dan Noor Azlin Ismail, 23, mendirikan rumah tangga pada 28 September tahun lalu di Taiping, Perak.

Datuk Alha Alfa , Noor Azlin

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain