Ezad Lazim tangguh majlis bersanding kali kedua - "Isteri sedih tapi kami tak mampu melawan ketentuan ini!"

Majlis persandingan terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Covid-19.

HASRAT penyanyi Ezad Lazim dan isteri, Zeana Ramli untuk bersanding kali kedua terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Meskipun bersedih terpaksa menunda majlis tersebut, Ezad berkata dia percaya ada hikmah di atas apa yang berlaku.

"Niat nak meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuh kami nampaknya tak kesampaian kerana penularan wabak Covid-19 ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezad Lazim tunai impian isteri nak pakai gaun pengantin - “Tahun pertama perkahwinan saya buat hal...”

"Tapi apa nak buat, kita hanya mampu merancang selebihnya tuhan tentukan, persiapan semua memang dah siap! Isteri pada awalnya bersedih tapi akhirnya kita tak mampu melawan ketentuan ini.

"Saya percaya ada hikmah lain... Mudah-mudahan ada sesuatu yang baik selepas ini. Sekarang ini kami habiskan masa bersama keluarga, mengemas rumah!," katanya.

Ezad dan isteri sambut ulang tahun perkahwinan ke-7 pada 30 Mac ini.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Demi Cinta itu mengumumkan bakal bersanding sekali lagi dengan isteri di sebuah premis acara di Petaling Jaya pada 29 Mac depan.

Majlis persandingan itu serentak dengan perasmian perniagaan berkaitan perancang perkahwinan yang diusahakan Ezad bersama isteri.

Ditanya tarikh baharu majlis mereka itu, Ezad berkata semuanya bergantung kepada keadaan semasa.

"Tarikh baharu tak tahu lagi, bergantung keadaan semasa sehingga Covid-19 ini dah pulih.

"Apa yang penting semua orang jaga diri, jaga kesihatan... apabila keadaan sudah kembali okay kita nak kerja pun hati rasa senang," ujarnya.

Ezad Lazim

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain