“Kalau betul nak bantu berikan secara percuma” - Idris Khan selar pengasas kosmetik jual 'hand sanitizer' - Hiburan | mStar

“Kalau betul nak bantu berikan secara percuma” - Idris Khan selar pengasas kosmetik jual 'hand sanitizer'

Idris Khan selar tindakan segelintir usahawan kosmetik yang mengambil kesempatan terhadap penularan wabak Covid-19.

PELAKON Idris Khan menyelar tindakan segelintir usahawan kosmetik yang mengambil kesempatan terhadap wabak Covid-19 dengan menjual cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Idris, 32, berkata, produk tersebut sepatutnya dikeluarkan oleh syarikat pengeluar produk kebersihan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor bidas pengasas kosmetik ‘tukar karier’ buat hand sanitizer, berkeliaran cari pelanggan - “Saya pelik orang cari hand sanitizer seolah nak mandi”

Pemilik nama Idris Khan Abdul Ghaffar Khan berkata jika usahawan berkenaan berniat untuk membantu, mereka sepatutnya memberikan secara percuma sahaja.

"Sanitizer beli dari syarikat yang umum kenal sebagai pengeluar produk kebersihan sahaja please guys. Jangan beli dari online atau keluaran artis dan influencer.

"Majoriti pembeli produk online adalah golongan pendapatan sederhana dan ke bawah, pendapat mereka terjejas sekarang ni, jangan ambil kesempatan nak jual produk pula waktu ni.

"Kalau betul nak bantu, sanitizer yang dihasilkan tu berikan percuma sedekah pada yang memerlukan. Leave the sanitizers to the experts," kata Idris.

Sanitizer beli dari syarikat yang umum kenal sebagai pengeluar produk kebersihan sahaja please guys. 

IDRIS KHAN

PELAKON

Idris memberi pendapatnya itu di ruang komen foto artikel mengenai pengasas kosmetik bertukar karier jual hand sanitizer di Instagram rasmi mStar pada Isnin.

Menerusi artikel mStar pada Ahad, seorang doktor yang dikenali sebagai Rusyainie Ramli terkejut melihat timeline Facebook terdapat pihak yang membuat produk tersebut di rumah kemudian dipek dalam botol kecil untuk dijual.

Malah, Dr Rusyanie juga mengecam tindakan segelintir pengasas produk kosmetik yang secara tiba-tiba menghasilkan hand sanitizer disebabkan permintaan yang tinggi.

Dalam pada itu, pelakon drama Tuan Danial ini menasihati netizen agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengambil makanan tambahan untuk mempertingkatkan sistem imunasi.

"Jaga diri semua! Pastikan basuh tangan sentiasa, kalau keluar balik rumah basuh semua pakaian yang dipakai dan mandi.

"Dan jangan lupa tingkatkan sistem imunasi kita, ambil vitamin c yang banyak! Take care!" ujarnya.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain