suria

“Apa pun musibah kami akan tetap bersama” - MK nafi K-Clique berpecah

K-Clique dianggotai oleh lapan anak muda.

SETAHUN berada dalam industri kumpulan hip hop popular K-Clique sering dihimpit pelbagai kontroversi.

Terbaharu, khabar angin bahawa kumpulan yang dibintangi lapan anak muda berasal daripada Sabah ini dikatakan bakal berpecah.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih populariti mendadak, MK K-Clique terpalit 5 kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice pun 2x5 pakai emas, beri masa 5 tahun untuk MK K-Clique berubah - “Semua orang cakap ia haram tapi saya tak pernah dengar”

Salah seorang anggotanya MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 24, menafikan perkara itu.

"Berita perpecahan kami itu tidak benar sama sekali.

"Agak mustahil untuk kami berpecah kerana anggota K-Clique sudah mengenali antara satu sama lain sudah agak lama.

Kumpulan K Clique masih bersatu dalam industri muzik Malaysia.

"Walau apa pun musihabah yang berlaku kami akan tetap bersama dan menyokong antara satu sama lain," ujarnya kepada mStar.

Selain MK, kumpulan itu turut dianggotai oleh Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Bagaimanapun, kumpulan yang popular dengan lagu Mimpi itu berkata, salah faham itu mungkin terjadi berikutan beberapa kolaberasi ahli kumpulan itu dengan penyanyi lain.

"Mungkin orang melihat ada anggota K-Clique yang mempunyai lagu dengan artis lain sehingga menyangka kami sudah berpecah.

"Sebenarnya kami anggota K-Clique bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana artis yang mereka mahu," ujarnya.

Anak kelahiran Tawau, Sabah itu berkata dia sentiasa positif dengan apa juga pandangan netizen berkaitan kumpulannya itu.

"Saya tak pernah ambil hati netizen bebas untuk menyuarakan pendapat mereka, apa yang penting kami K-Clique tidak akan berpecah!" ujarnya.

MK, K-Clique

Artikel Lain