Hampir enam tahun disangka 'hilang' dari industri, Abby Nadzri 'come back' dengan 'Busut Bonang' - Hiburan | mStar

Hampir enam tahun disangka 'hilang' dari industri, Abby Nadzri 'come back' dengan 'Busut Bonang'

Abby Nadzri muncul dengan filem Busut Bonang selepas enam tahun hilang dari industri.

PELAKON Abby Nadzri mengakui faktor berhijab membuatkan wajahnya jarang kelihatan di televisyen sejak beberapa tahun lalu.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiah Ahmad Nadzri berkata, dia semakin kurang menerima sebarang pekerjaan meskipun tidak pernah mengumumkan untuk berhenti dari industri seni sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah pontianak bertenggek atas busut sindir siapa? - Busut Bonang pasti buat anda tak kering gusi

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham Latih Adik Kandung Jadi Pengarah

"Sebenarnya saya sudah menceburi bidang seni apabila menjadi hos bagi program Salam Bollywood pada 2007.

Antara babak yang dilakonkan Abby dalam filem Busut Bonang.

"Tapi bila berhijab pada 2013, tak dinafikan tawaran semakin kurang walaupun tak pernah meluahkan hasrat untuk berhenti dari industri.

"Lagipun suami saya memahami dan dia tak pernah menghalang saya untuk terus aktif berlakon kerana dia juga sama-sama orang dalam industri seni,” ujarnya kepada mStar.

Abby ditemui pada sidang media Malam Gala Filem Busut Bonang yang berlangsung di MM2 Cineplexes, E-Curve Damansara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abby berkata, dia begitu komited untuk kembali semula dalam bidang lakonan yang sememangnya menjadi minatnya sejak kecil.

Antara barisan pelakon yang menjayakan filem Busut Bonang arahan Khalid Nadzri.

Malah, kemunculannya menerusi filem komedi seram kali ini diharap dapat membuka semula peluang bagi mana-mana pengarah atau penerbit untuk memberi tawaran berlakon kepadanya.

"Mungkin orang lain tak tahu yang karakter saya sekarang sudah lain dimana saya sudah berhijab.

"Saya melihat ini sebagai peluang untuk saya buat come back dan muncul semula dalam bidang lakonan.

"Mana tahu kalau ada mana-mana production yang saya pernah bekerjasama sebelum ini sudi untuk memanggil saya semula, semestinya saya akan terima," ujarnya.

Mengulas mengenai pengalamannya dalam melakonkan filem Busut Bonang, Abby mengakui bahawa dia sebenarnya merupakan seorang yang penakut.

Tapi bila berhijab pada 2013, tak dinafikan tawaran semakin kurang walaupun tak pernah meluahkan hasrat untuk berhenti dari industri.

ABBY NADZRI

PELAKON

Bagaimanapun selepas membaca skrip serta jalan cerita filem komedi seram itu, dia berasa tertarik untuk bersama-sama menjayakannya.

“Busut Bonang merupakan filem pertama yang boleh dikatakan saya memegang watak utama. Sebelum ini saya selalunya dapat watak sampingan dan cameo sahaja.

“Walaupun saya seorang yang penakut, tetapi bila Khalid beritahu dia nak buat filem komedi seram dan saya tengok skrip, terus rasa tertarik dengan jalan ceritanya. 

"Sebelum ini saya sering buat tak tahu sahaja jika Ahmad Idham nak buat filem seram sebabnya saya memang seorang yang sangat penakut, ujarnya.

Abby Nadzri , Busut Bonang

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain