suria

Exists cipta kenangan terindah buat peminat, Mamat ‘tebus kesalahan’ dengan vokal bertenaga

Gabungan mantap vokal dua vokalis utama Exists cipta sejarah terindah buat peminat.

HUJAN lebat tidak mematahkan semangat 4,000 peminat apabila pulang dengan senyuman dan kenangan terindah selepas menonton Konsert Exists Reunion yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada malam, Sabtu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini menghimpunkan semua ahli asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis, Mamat dan Ezad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exists lega dapat teruskan konsert, bebas reman kes dadah dengan jaminan polis

Kontroversi penahanan Mamat akibat dadah pada saat akhir menjelang konsert tidak menjejaskan prestasi kumpulan itu untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Mamat membuka tirai konsert dengan persembahan bertenaga.

Mamat kembali tebus kesalahannya dengan membuka tirai konsert menerusi lagu Anugerah.

Sepanjang dua jam setengah persembahan kumpulan itu menyampaikan 24 buah lagu popular mereka dengan penuh bertenaga.

Kerinduan peminat terhadap nyanyian bekas vokalis utama kumpulan itu terubat dengan alunan vokal keramatnya menerusi lagu Sebelum Terlewat, Nota Di Lautan Sepi dan Janji Padamu.

Suasana konsert bertambah gamat apabila pentas diambil alih oleh seorang lagi vokalis utama kumpulan itu iaitu Ezad Lazim.

Konsert Exists Reunion memberi kenangan terindah buat peminat.

Ezad menyertai Exists pada 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri dan meninggalkan kumpulan itu pada 2017.

Bait-bait lirik yang dipaparkan di skrin juga memudahkan peminat untuk sama-sama menyanyikan beberapa lagu popular seperti Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Seperti Dulu, Masih Terserlah Ayumu dan Dirantai Digelangi Rindu.

Kehebatan anggota lain iaitu Musa, Along, Ajai, Shah dan Ujang bermain dengan alat muzik masing-masing turut dipuji dan boleh dikatakan persembahan mereka masih 'berbisa'.

Pencahayaan dan sistem audio juga membantu menjadikan persembahan gabungan kesemua anggota asal Exists luar biasa dan menghiburkan.

Selain itu, visual pendek mengenai perjalanan tujuh ahli Exists Reunion mencuit hati penonton yang hadir, terutamanya kisah Shah yang gemar mengambil foto sendiri serta pendedahan Ajai seorang yang penakut.

Dalam pada itu, gabungan dua vokal penyanyi utama menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Tak Berakhir mencipta sejarah terindah buat peminat mereka.

Nyanyian Mamat yang penuh emosi menerusi lagu Untukmu Ibu berjaya membawa peminat yang hadir terkenang pada ibu mereka.

Peminat juga dapat menikmati persembahan rangkaian lagu hits Exists seperti Mama Tolonglah Percaya, Hani Lempengnya Hangus, Julia dan Mengintai Dari Tirai Kamar.

Empat lagu terakhir iaitu Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu juga dipersembahkan secara duet oleh Mamat dan Ezad.

Exists, Konsert Exists Reunion

Artikel Lain