suria

Awas warganet! Pengurus peribadi Siti Nurhaliza nak ikut jejak Jasmin Hamid, beri amaran mahu saman netizen buat fitnah

Rozi memberi amaran keras terhadap mana-mana individu yang melemparkan fitnah terhadap Siti Nurhaliza.

TINDAKAN pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menggelarkan anaknya sebagai bapuk turut mendapat perhatian pengurus dan pembantu peribadi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd Razak.

Menurut Rozi, dia akan melakukan perkara sama terhadap mana-mana individu yang membuat memfitnah terhadap penyanyi kesayangan negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza kurang kongsi foto Aafiyah elak jadi bahan umpatan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tak izin akaun palsu guna gambar anak untuk jual produk

"Semakin negara maju, semakin ke belakang sikap pengguna media sosial. Saya kira jika adik dan artis saya (Siti) melakukan apa yang dibuat oleh Jasmin serta beberapa selebriti lain, itu juga akan menjadi pengajaran.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menerima kecaman netizen mengenai anak perempuannya, Siti Aafiyah.

"Selama ini, beliau mengambil sikap berdiam diri dan menutup mata tetapi semakin hari mereka semakin berani memfitnah, mencerca menghina tetapi rata-rata tidak menggunakan nama atau gambar sebenar dan berselindung di sebalik akaun palsu.

"Selepas ini kami akan lebih tegas," tulisnya.

Rozi memberi amaran berkenaan menerusi posting yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Rozi turut memuat naik paparan skrin petikan artikel Jasmin Hamid yang mengambil tindakan terhadap netizen yang menggelar anaknya, Rohhana Abdul Hamid sebagai bapuk.

Selama ini, beliau mengambil sikap berdiam diri dan menutup mata tetapi semakin hari mereka semakin berani memfitnah, mencerca menghina tetapi rata-rata tidak menggunakan nama atau gambar sebenar dan berselindung di sebalik akaun palsu.

ROZI ABD RAZAK

Pengurus & pembantu peribadi Siti Nurhaliza

Kes itu bagaimanapun diselesaikan secara baik diluar mahkamah selepas pelakunya, Izzatul Hairiyah Abdullah membuat permohonan maaf secara terbuka pada Khamis.

Siti sebelum ini pernah menerima kecaman netizen apabila beberapa individu meninggalkan komen negatif terhadap anak perempuannya iaitu Siti Aafiyah Khalid.

Selain itu, hubungan akrabnya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendapat kritikan daripada netizen.

Rozi, Siti Nurhaliza, fitnah

Artikel Lain