Baby Shima ambil tindakan terhadap remaja beri komen lucah - “Jangan pula bagi alasan bodoh selepas ini” - Hiburan | mStar

Baby Shima ambil tindakan terhadap remaja beri komen lucah - “Jangan pula bagi alasan bodoh selepas ini”

Baby Shima kerap menerima mesej dan komen berbaur lucah daripada netizen di laman sosial.

BUKAN kali pertama penyanyi Baby Shima menerima mesej atau komen berbaur lucah daripada netizen di laman sosialnya.

Terbaharu, Shima, 25, memuat naik paparan skrin beberapa komen lucah dan sikap biadab seorang individu di fotonya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu kerap terima mesej dan foto lucah, Baby Shima buat report polis

Menurut Shima, dia berharap individu tersebut tidak memberi alasan kurang bijak selepas pihaknya mengambil tindakan undang-undang.

"Anda bukan orang pertama! Jangan pula bagi alasan bodoh selepas ini. Handphone kena hack.

Antara komen lucah individu tersebut di IG Shima.

"Rupa-rupanya masih ada yang tak sedar diri lagi! Tunggu tindakan selanjutnya. Terima kasih komen anda," tulis Shima di Instagramnya.

Rata-rata pengikutnya turut berang dan berharap dengan tindakan yang diambil Shima itu memberi pengajaran kepada netizen yang gemar melakukan perkara tidak senonoh.

"Saya sebagai rakyat Malaysia, adalah memang wajar orang macam tu diberi tindakan yang tegas bagi mengelakkan budaya membuli di laman sosial terus berluasa. Di manakah nilai moral dan adab ketimuran kita.

"Siapa pula budak ni. Cakap tak punya sopan santun bila kau tak suka tak payahlah nak cakap macam-macam yang tak ada guna. Bila kena buat laporan polis baru padan muka.

Netizen setuju tindakan Shima membuat laporan polis terhadap individu yang meninggalkan komen atau mesej berbaur lucah.

"Perangai kurang lebih dengan monyet. Buat laporan polis sajalah budak tu. Biar dia kena kurung dekat sangkar yang namanya lokap," komen netizen.

Pada Disember tahun lalu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini pernah membuat laporan polis terhadap individu yang menghantar mesej lucah di Instagramnya.

Malah Shima mendedahkan dia pernah menerima foto lucah daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Namun ketika itu dia hanya mengambil langkah menyekat akaun laman sosial individu dan sesiapa sahaja yang menghantar mesej seperti itu.

Baby Shima

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain