“Kandungan baru 23 minggu tapi mama dah tak kuat” - Doktor perlu pantau Abby Abadi 24 jam, alami tekanan darah tinggi - Hiburan | mStar

“Kandungan baru 23 minggu tapi mama dah tak kuat” - Doktor perlu pantau Abby Abadi 24 jam, alami tekanan darah tinggi

Abby dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi.

PELAKON Abby Abadi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad malam selepas mengalami tekanan darah tinggi.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, dia berasa bimbang dengan keadaan kandungnya yang kini baru mencecah 23 minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berdebar, kandungan Abby Abadi ada masalah sedikit... “Tapi Alhamdulillah semua okey”

"Doakan mama selalu dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT ya. Mama kena masuk wad malam ini sebab darah terlampau tinggi.

"Kandungan baru 23 minggu tapi mama dah tak kuat ini. Mohon doa kalian ya. Doakan mama dan baby panjang umur dan selamat dunia akhirat ya,” kata Abby.

Abby mohon anak-anaknya mendoakan keadaan dia dan bayi dalam kandungan.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu memberitahu perkara tersebut dan memuat naik foto lima orang anaknya menerusi Instagram.

Selain peminat, rakan selebritinya seperti Azza Elite, Datin Rebecca Nur Al-Islam, Linda Rafar dan Mila Jirin turut mendoakan agar Abby cepat sembuh.

Teka-teki mengenai Abby sedang berbadan dua terjawab apabila suaminya, Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jaiezzanny, 45, berkongsi berita gembira itu pada Jun lalu.

Bagaimanapun menurut Jaiezzanny, kandungan Abby ketika itu mengalami sedikit masalah namun bersyukur semuanya dalam keadaan baik.

Dalam pada itu menerusi Instagram, Jaeizzanny memberitahu isterinya kini masih dalam pemantauan selama 24 jam memandangkan keadaan masih belum stabil.

Jaiezzanny bimbang dengan keadaan isteri dan bayi mereka.

"Jangan risau my love @abby_abadi112 Allah akan permudahkan segala-galanya. Saya ada saja kat luar ni... Rehat ya, jangan fikir apa-apa.

"Nak sayang dan baby sihat... Pemantauan 24 jam untuk tekanan darah. Maaf sayang @abby_abadi112 saya tak kuat.

"Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang dan baby," tulisnya.

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya lima bulan.

Abby dan Jaiezzanny berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu.

Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11 hasil daripada perkahwinan terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.

Abby Abadi

Artikel Lain