Tiada yang berani tampil biarpun tawar ganjaran, Aiman Tino masih berharap dapat kembali barang miliknya - Hiburan | mStar

Tiada yang berani tampil biarpun tawar ganjaran, Aiman Tino masih berharap dapat kembali barang miliknya

Aiman masih berharap agar individu tersebut membuat pengakuan.

BIARPUN sudah menawarkan ganjaran, penyanyi Aiman Tino masih belum menerima sebarang maklumat berkaitan barang-barangnya yang dicuri selepas kereta Myvi miliknya dipecahkan pada 6 September lalu.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 21, berkata, dia masih menaruh harapan tinggi agar individu tersebut memulangkan kembali barang-barang kepunyaannya itu.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang mesej atau maklum balas daripada individu yang mengambil barang-barang saya itu.

"Tapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya akan bayar kepada orang itu sekiranya dia pulangkan semua barang saya," kata Aiman kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Pulangkan barang, saya janji tak dedah identiti” - Aiman Tino rugi RM8,000, kereta dipecah selepas balik dari Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino kurang aktif di Instagram... “Netizen tak habis-habis ungkit cerita lama” 

Aiman sedia beri ganjaran jika barang miliknya dipulangkan.

Pada Sabtu lalu, Aiman mengalami kerugian sebanyak RM8,000 selepas cermin kereta Produa Myvi milikinya dipecah penjenayah di tempat letak kereta di Subang Jaya.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas cermin bahagian belakang kereta dipecahkan sebelum suspek melarikan sebuah laptop janama HP, kamera SLR, gopro dan beg yang menyimpan kad pengenalan serta pasport miliknya.

Tapi saya masih berharap individu itu mesej saya secara peribadi. 

AIMAN TINO

Penyanyi

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini memberitahu barang-barang tersebut melibatkan hal kerjanya memandangkan dia baharu sahaja pulang dari Singapura sebelum kejadian berlaku.

"Saya tahu kes ini sudah berlanjutan selama beberapa hari dan ada yang kata tak mungkin akan dapat semula. Tapi saya masih berharap individu itu mesej saya secara peribadi dan memulangkan semula barang-barang saya.

"Kesemua barang-barang itu sangat penting untuk saya memandangkan ia ada melibatkan urusan kerja saya juga.

Dalam pada itu, Aiman berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung dengan pengecaman cap jari yang dijumpai di kereta milik penyanyi itu bagi mengenal pasti identiti suspek dalam kejadian itu.

Aiman Tino , hilang , reda

Artikel Lain