suria

“Ada yang cuba rapat tapi hubungan itu tak lama” - DJ Lin mahu fokus kerjaya dan anak-anak

DJ Lin belum memikirkan soal kahwin memandang dirinya sibuk bekerja.

PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin mengakui sebelum ini ada seorang jejaka pernah cuba untuk mengenalinya dengan lebih rapat namun hubungan itu tidak menjadi.

DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 44, berkata dia bagaimanapun enggan memikirkan soal kahwin memandangkan fokus utamanya buat masa kini hanya kerjaya dan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat jalani pembedahan, DJ Lin bakal 'on air' Suria Cinta atas katil hospital!

"Saya ini seorang yang boleh dikatakan 'workaholic' dan hanya fikir fasal kerja sahaja. Banyak lagi perkara yang saya belum capai.

"Sebelum ini, ada la orang cuba untuk kenal saya lebih rapat tapi hubungan itu tak lama pun sebab saya terlalu sibuk bekerja.

Dj Lin mahu fokus kerja dan anak-anak.

"Jadi, buat masa sekarang ini memang saya nak fokus pada kerja dan anak-anak saya. Tak terfikir untuk berkahwin atau cari pasangan," katanya kepada mStar.

DJ Lin yang mengendali segmen Suria Cinta ini ditemui ketika Karisma Jelajah Suria di Central I City Mall, Shah Alam baru-baru ini.

Penyampai Radio Popular ABPBH31 ini bercerai pada 2006 dan hasil daripada perkahwinan itu dia mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya dan Nazren Asyran.

Dalam pada itu, DJ Lin yang juga Pengurus Kanan Suria FM meluahkan rasa syukur apabila Karisma Jelajah Suria yang diadakan Sabtu lalu menerima sambutan luar biasa.

Ruffedge antara yang membuat persembahan di Karisma Jelajah Suria di Shah Alam.

DJ Lin turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Suria yang memeriahkan lokasi pertama siri jelajah tersebut.

"Untuk siri jelajah kali ini kami tampilkan beberapa kelainan dan Alhamdulillah, lokasi pertama Karisma Jelajah Suria mendapat sambutan yang begitu luar biasa. 

"Apa-apa pun kami berterima kasih kepada peminat yang sudi hadir. Insya-Allah lokasi seterusnya akan diadakan di Kuantan dan ada beberapa kelainan," ujarnya.

Karisma Jelajah Suria seterusnya akan menemui peminat di Kuantan, Pahang pada 14 September ini.

Selain dapat bertemu dengan penyampai radio Suria, peminat turut akan dihiburkan dengan persembahan daripada Ezad Lazim, Ara Johari, Siti Nordiana, Black dan ramai lagi.

Artikel Lain