suria

“Ini satu ujian awal untuk kami” - Penahanan Mamat, Ajai harap konsert Exists Reunion terlaksana

Ajai berharap peminat terus mendoakan yang terbaik untuk konsert Exists Reunion pada 28 September ini dan 5 Oktober depan.

KOMPOSER Ajai menganggap berita penahanan penyanyi Mamat pada Ahad lalu sebagai ujian awal kepada semua anggota asal kumpulan itu yang kini dalam persediaan untuk mengadakan konsert.

Ajai, 43, yang juga bekas pemain keyboard Exist, berharap semua peminat tidak berhenti menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk konsert Exists Reunion yang bakal diadakan pada 28 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal adakan konsert reunion 28 September ini, Mamat Exists dicekup polis miliki dadah

"Assalammualaikum... Sememangnya kami di Exists mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Ini satu ujian awal untuk kami.

Mamat ditahan polis pada malam Ahad lalu.

"Kami harap para peminat akan terus mendoakan yang terbaik untuk 'Exists Reunion' Insya-Allah," tulis Ajai.

Pemilik nama Mohd Faizal Maas ini memberitahu perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Bekas vokalis Exists itu ditahan polis selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kesalahan dadah ketika menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Mamat ditahan polis di Taman Perling, Johor pada malam Ahad lalu selepas pihak polis menemui penyanyi itu dalam keadaan mencurigakan.

Mamat bersama rakannya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing turut mendapati kedua-dua mereka positif dadah.

Antara komen-komen netizen di Instagram Ajai.

Mamat sepatutnya bersama anggota asal kumpulan Exists bakal mengadakan konsert reunion pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam dan 5 Oktober depan di Singapura.

Selain Mamat, seorang lagi vokalis Exists iaitu Ezad Lazim.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen foto yang dimuat naik Ajai, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan berharap konsert tersebut diteruskan seperti yang dirancang.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kekecewaan apabila sudah membeli tiket semata-mata untuk melihat persembahan Mamat.

Kecewa sangat. Saya beli tiket konsert salah satu sebab nak tengok Mamat menyanyi dan nak semua anggota Exists ada. Apa-apa pun saya tetap sokong dan akan pergi ke konsert itu.

Peminat Exists

"Konsert perlu diteruskan... Kami dari Sarawak dah beli tiket dan hotel pun sudah ditempah semata-mata untuk Konsert Exists Reunion.

"Kecewa sangat. Saya beli tiket konsert salah satu sebab nak tengok Mamat menyanyi dan nak semua anggota Exists ada. Apa-apa pun saya tetap sokong dan akan pergi ke konsert itu.

"Sayang betul Mamat tak ada kat konsert reunion nanti terpaksa lah abang @byajai jadi pengganti di konsert nanti," komen beberapa netizen.

Menerusi kenyataan rasmi penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects akan tetap dijalankan seperti yang dirancang.

Ajai, Exists, Mamat

Artikel Lain