“Abang layan kami semua sama rata” - Mawar Rashid kagum Raf tak pernah beza-bezakan anak - Hiburan | mStar

“Abang layan kami semua sama rata” - Mawar Rashid kagum Raf tak pernah beza-bezakan anak

Mawar Rashid titip ucapan romantis buat suami.

PELAKON Mawar Rashid menitipkan ucapan penuh romantis buat suaminya, Raf Yaakob sempena meraikan sambutan Hari Bapa pada Ahad.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, dia bersyukur dan gembira dikurniakan suami yang sangat penyayang.

"Selamat Hari Bapa kepada @rafyaakob. Anje (Mawar) sangat-sangat mengagumi kasih sayang abang (Raf) pada anak-anak semua.

"Macam anje selalu cakap, abang sangat rajin melayan mereka sebab itu anak-anak semua rapat dan manja dengan abang.

"Anje kagum bagaimana abang membahagikan masa kepada anje, anak-anak, ibu, keluarga anje dan kerja-kerja abang," tulisnya.

Mawar mengungkapkan kata-kata itu menerusi laman Instagram pada Ahad.

Mawar bergambar kenangan bersama suami dan anak-anak.

Tambah Mawar, dia turut mengagumi sikap Raf yang tidak boleh berenggang dengan dia dan anak-anak membuatkan dirinya sentiasa dihargai.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya dilamun cinta dengan kamu" - Mawar Rashid buat ucapan romantis sempena 'birthday' Raf Yaakob

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau meluat, jangan tengok”- Mawar Rashid manja dengan suami, netizen pula panas hati

Selain itu kata Mawar, Raf juga tidak pernah membezakan kasih sayang dan layanan antara anak hasil perkahwinan dengannya dan isteri terdahulu.

"Walaupun kita dekat luar, abang tak boleh keluar lama-lama sebab teringat dekat anak-anak. Terharu dapat suami macam abang yang utamakan kami lebih daripada segalanya.

"Sebab tu bila ada anak dengan abang, Rafael si Raden kecik ni, anje happy sangat sebab dapat tengok kasih sayang abang kepada Rafael bagai menatang minyak yang penuh.

"Macam mana abang sayang dengan @radenrayyanraf dan @raysaachanelaraf, abang layan kami semua sama rata, itu yang sangat penting," katanya.

Hasil perkahwinan Mawar dan Raf dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Dalam pada itu, pelakon Pok Ya Codei, Siti Di Hati ini juga meluahkan rasa teruja membesarkan anak-anak bersama suamiya itu.

"Lucky Rafael dan anak-anak dapat papa @rafyaakob. Looking forward to raise the kids sampai anak-anak besar. And by that time, kita semua masih pegang tangan dan sweet macam sekarang.

"Thank you for everything papa. We love you so much! #HappyFathersDay.

"Maaf kalau ayat panjang sangat, saya cuma nak luahkan perasaan saya kepada abang, tapi kata-kata pun tak dapat ungkapkan betapa bersyukur dan gembiranya apabila ada seseorang seperti kamu untuk menjadi suami dan ayah kepada anak-anak kita,” katanya.

Mawar dan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Raf mempunyai dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Mawar Rashid , Raf Yaakob

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain