suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berani bikin drama LGBT, Fadzil Zahari 'bongkar' aktiviti songsang pelajar IPT

Syafie memegang watak sebagai lelaki lembut.

PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari tampil berani menerbitkan sebuah telefilem berkisarkan tentang golongan yang mengamalkan hubungan sejenis atau LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual).

Mengakui sedia dikritik, Fadzil, 36, berkata kisah itu boleh dijadikan pengajaran kepada penonton selain memberi kesedaran bahawa gejala itu sememangnya berlaku dalam masyarakat sekarang.

"Saya dah bersedia dengan segala kritikan untuk telefilem ini. Kalau kita tengok isu ini bukan hanya di tempat tertentu sahaja bahkan ia berlaku di sekeliling masyarakat kita.

"Jadi apa yang dipaparkan dalam telefilem ini adalah kisah yang pernah terjadi di pusat pengajian dan kami mengambil pendekatan untuk memberikan pengajaran kepada penonton," kata Fadzil kepada mStar.


Telefilem itu sudah tamat menjalani penggambaran sebelum bulan Ramadan.

Telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi itu bakal disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan sekitar bulan September nanti.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Yana Samsudin tidak menjangka telefilem tersebut mendapat kelulusan memandangkan ia melibatkan isu sensitif.

Kata Fadzil, dia bagaimanapun terlebih dahulu memastikan telefilem tersebut mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak stesen televisyen.

"Sebenarnya saya terkejut naskhah itu boleh diluluskan sebab biasanya isu sensitif sebegini tidak akan lulus tayangan.

Syafie Naswip (kanan), Fezrul Khan dan Taiyuddin Bakar antara teraju utama telefilem itu.

"Tapi mungkin sekarang tengah hangat isu LGBT dan ada kisah membabitkan pelajar pondok dengan isu yang sama juga.

"Bagaimanapun, telefilem ini akan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan pihak stesen televisyen," ujarnya.

Fadzil memberitahu telefilem itu diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di tempat pengajian dan watak utamanya dijayakan oleh Syafie Naswip dan Fezrul Khan.

Artikel Lain