suria

Lebih tiga bulan tiada tawaran, Kodi Rasheed mahu beralih belakang tabir

Kodi mendakwa sudah lebih tiga bulan tidak menerima tawaran berlakon. Foto Instagram: @kodirasheed.

PELAKON Kodi Rasheed mendedahkan dirinya sudah lebih tiga bulan tidak menerima tawaran berlakon daripada mana-mana syarikat produksi tempatan.

Kodi atau nama sebenarnya Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed, 29, menjelaskan perkara itu terjadi angkara individu yang tidak berpuas hati terhadapnya.

"Pihak production ada yang approach saya untuk berlakon cuma bila pergi ke stesen tv, mereka beritahu tak lepas.

"Masalahnya bila saya sendiri pergi ke stesen tv itu, mereka beritahu nama saya tidak dihantar pun.

Kodi beralih arah membabitkan diri dalam pembikinan filem termasuk penulisan skrip.

"Jadi saya pelik mengenai hal itu. Mungkin 'producer itu' ada pelakon favourite dia sendiri, saya tidak tahu tapi saya rasa begitulah," katanya kepada mStar.

Justeru itu, pelakon filem Ophilia ini mengambil inisiatif untuk beralih arah membabitkan diri dalam pembikinan filem termasuk penulisan skrip.

Bagaimanapun, jelasnya, dia tidak berniat untuk meninggalkan bidang lakonan sebaliknya menganggap perlu berusaha lebih keras agar bakat lakonannya lebih menyerlah dan mendapat tempat di hati peminat.

"Saya duduk rumah lama, tiga bulan sebab tiada job. Lepas fikir, datang idea mungkin saya sendiri yang perlu create job itu.

Kodi merupakan salah seorang aktor dalam filem Ophilia.

"Saya pula suka buat filem dan memang minat dalam bidang ini, jadi mengapa tidak saya cuba.

"Saya bukan hanya nak fokus belakang tabir sahaja. Bila saya create job itu jadi saya juga boleh berlakon sekali.

"Saya tak tahu di mana silapnya mungkin belum masanya saya dikenali ramai dan rezeki belum ada. Mungkin juga saya kena usaha lebih kuat lagi selepas ini," katanya.

Kodi sebelum ini pernah menerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi filem Ophilia di Festival Filem Malaysia ke 27 pada 5 September 2015.

Kodi Rasheed

Artikel Lain