suria

“Lelaki pun manusia biasa, bukannya Avengers”- Sharnaaz ulas kes lelaki tumbuk, tampar wanita di tengah jalan

Sharnaaz harap kejadian pukul dan tumbuk seorang pemandu wanita diadili sebaiknya.

PELAKON Sharnaaz Ahmad meminta netizen mendengar cerita kedua-dua belah pihak terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum berhubung kejadian seorang lelaki memukul dan menumbuk wanita di tengah jalan yang tular di laman sosial.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, juga berharap agar kedua-dua pihak terbabit dapat menyelesaikan isu yang timbul itu secepat mungkin menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaulah bodoh, kaulah gila” punca wanita makan penumbuk? Isteri kongsi versi penuh kisah suami tumbuk pemandu tak bagi 'signal'

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video tular lelaki tumbuk, tampar wanita di tengah jalan


Sharnaaz harap pesalah diadili sewajarnya.

"Kes brader tumbuk perempuan tu lebih baik kiranya kita dengar cerita kedua-dua belah pihak, biar adil. Salah tetap salah apabila membabitkan kes pukul.

"Lelaki pun manusia juga bukannya Avengers, perempuan zaman sekarang pula bukannya lemah sangat. Semoga mereka dapat bermaafan menjelang bulan Ramadan yang semakin hampir," tulisnya.

Lelaki pun manusia juga bukannya Avengers, perempuan zaman sekarang pula bukannya lemah sangat.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Video menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar dan menumbuk muka seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat mula tular sejak Khamis.

Terbaharu, isteri lelaki tersebut iaitu, Faridah Mohd Yatim menerusi mStar menjelaskan video yang tular hanyalah sebahagian daripada kejadian sebenar yang berlaku.

"Suami saya dan rakan-rakannya sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia behenti.

"Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa memberi isyarat menyebabkan suami hampir terbabas, dia tidak berhenti mahupun memohon maaf lalu terjadilah adegan pukul tersebut selepas dia berhenti di tempat kejadian," katanya.

Faridah bagaimanapun menafikan suaminya mempunyai lima rekod jenayah lampau seperti yang didakwa netizen.

sharnaaz ahmad

Artikel Lain