suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ligamen kaki Hairul Azreen putus ketika buat 'stunt' terjun dari tingkat 2

Hairul Azreen tercedera ketika menjayakan satu babak dalam filem Wira. Foto Instagram @hairulazreen

PELAKON Hairul Azreen berkongsi detik mencemaskan apabila ligamen atau tisu pada kakinya tercedera semasa sedang menjalani penggambaran sebuah filem pada Jumaat.

Menurut Hairul, 31, kejadian itu berlaku ketika dia menjayakan satu babak yang memerlukannya terjun dari tingkat dua sebuah bangunan.

"Ligament kaki saya putus masa buat aksi terjun dari tingkat dua, doakan saya boleh kembali beraksi semula utk filem Wira.

Hairul mengalami kecederaan di kaki kanan.

"Terima kasih Hafizul Kamal sebab hantar saya ke hospital, terima kasih produksi Act2Pictures bayarkan bil saya. Hati sedih tuhan saja tahu," tulisnya di laman Instagram.

Menerusi muat naik tersebut, suami kepada aktres Hanis Zalikha ini berkongsi beberapa keping foto imbasan X-ray memperlihatkan keadaan kakinya.

Malah, kaki yang tercedera itu turut disokong dengan alatan khas iaitu splint kaki.

Kecederaan yang dialami di kaki Hairul Azreen.

Perkongsian pelakon filem Paskal itu menerima lebih 20,000 tanda suka dan hampir 300 komen daripada pengikut.

Hairul kini sedang mengikuti penggambaran filem Wira arahan Adrian Teh yang turut dibarisi pelakon ternama seperti Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said.

Filem ini turut mendapatkan khidmat pakar lagak ngeri Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah menjayakan filem The Raid.

Hairul Azreen, Wira

Artikel Lain