“Tak perlu jadi ustaz untuk jadi lelaki yang baik”- Que Haidar sindir PU Abu?

Edika tolak untuk berkahwin lain demi menjaga isterinya yang lumpuh.

KONTROVERSI rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan bekas isterinya, Ain Afini membuka ruang perdebatan hangat dalam kalangan netizen sejak minggu lalu.

Malah, segelintir golongan selebriti tidak ketinggalan berkongsi pandangan mereka mengenai kemelut rumah tangga PU Abu yang menceraikan bekas isterinya ketika sedang hamil tujuh bulan demi mengahwini janda anak satu.

Menerusi laman Instagram, pelakon Que Haidar juga dilihat seakan-akan membuat perbandingan antara PU Abu dengan pelakon Edika Yusof yang menolak untuk berkahwin lain biarpun mendapat keizinan isteri yang sudah lumpuh sejak 13 tahun lalu.

Menurut pelakon filem Lagenda Budak Setan ini, untuk menjadi seorang lelaki yang baik, seseorang itu tidak memerlukan gelaran seperti 'ustaz' atau pun 'PU'.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh Tahun Edika Yusof Botak Kepala Kerana Isteri Lumpuh'

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu tak berani mengaku kahwin janda anak satu... Nak kena tanya ayah! Baca lebih lanjut


Status yang dimuat naik Que Haidar.

“Edika Yusof seorang pelakon lagenda dan model, isteri beliau lumpuh 13 tahun dan diizinkan untuk berkahwin lagi namun menolak untuk menjaga isterinya.

“Saya doakan abang dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki yabg halal dan bahagia hingga ke akhirnya.

“Untuk jadi lelaki yang baik, kau tak perlu nak jadi ustaz atau PU. Cukuplah ada akal. Baik maksudnya baik, baik tidak membawa maksud ustaz,” katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut bersetuju dengan pendapat Que dan memuji kesetiaan Edika terhadap isterinya.

Sejak Sabtu, mStar melaporkan mengenai luahan bekas isteri PU Abu di Instagram yang memaklumkan dia sudah diceraikan menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.

Menerusi tulisan Ain Afini, PU Abu memilih untuk menceraikannya demi mengejar cinta seorang janda beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa.

Hasil semakan mStar di Facebook wanita berkenaan merupakan usahawan kosmetik berasal dari Kedah.

Edika Yusof, Que Haidar, PU Abu

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain