Tujuh Tahun Edika Yusof Botak Kepala Kerana Isteri Lumpuh

PETALING JAYA: Pelakon era 1990-an Edika Yusof mempunyai sebab untuk berimej botak gara-gara isterinya Norhidayah Yusri mengalami lumpuh separuh badan akibat menghidap demam panas.

Edika, 45, berkata, dia telah bernazar selagi isterinya itu tidak pulih daripada penyakit tersebut, dia tidak akan sesekali menyimpan rambut walaupun ia telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu.

“Isteri saya mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua kami. Akibat penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini,” kata Edika kepada mStar Online.

Pelakon Pelumba Malam dan Maria Mariana ini berkata, nazar itu bukanlah sesuatu yang membebankan dan dia akan terus berimej sedemikian sehinggalah isterinya pulih.

Ditanya apakah cabaran menjaga isteri yang sakit sejak sekian lama jelas Edika, dia tidak menghadapi masalah besar kerana Norhidayah 34, masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda elektrik kerana paras dadanya ke atas tidak mengalami sebarang masalah.

“Kami bahagia bersama anak-anak dan Alhamdulillah, saya dapat menjaga keluarga saya dengan baik tanpa perlu mengambil pembantu rumah.

Inilah wajah terbaharu Edika Yusof yang dirakamkan mStar Online pada Ahad lalu.
Inilah wajah terbaharu Edika Yusof yang dirakamkan mStar Online pada Ahad lalu.

Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu selepas meninggalkan dunia seni lebih 15 tahun lalu kata Edika, dia banyak melakukan kerja-kerja grafik dan percetakan.

Malah dia juga berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni sekiranya terdapat mana-mana tawaran yang bersesuaian dengannya.

“Saya berhasrat untuk berlakon semula tetapi biarlah watak-watak yang hendak diberikan kepada saya itu benar-benar mencabar dan bukannya watak retorik seperti anak orang kaya dan juga lelaki mata keranjang,” katanya.

Selain Pelumba Malam dan Maria Mariana, Edika yang aktif dalam dunia peragaan suatu ketika dahulu pernah membintangi filem Driving School, XX-Ray, Father dan Awas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain