Selepas kereta Audi, Achey buat kejutan hadiahkan isteri sebidang tanah - Hiburan | mStar

Selepas kereta Audi, Achey buat kejutan hadiahkan isteri sebidang tanah

Achey buat kejutan pada isteri sempena ulang tahun.

SELEPAS menghadiahkan kereta mewah, pelawak Achey kali ini membuat kejutan memberi sebidang tanah kepada isterinya Nor Hasanah Yahya pada sempena hari jadi ke 28 pada 21 April lalu.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

Achey berkata, dia berusaha selama dua tahun untuk mendapatkan tanah tersebut.

"Hadiah birthday dia yang selama dua tahun di usahakan, bukan sekejap tau nak uruskan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila diperlukan demi menyambung kehidupan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey larang isteri periksa telefon bimbit untuk sebuah kereta Audi

Netizen terharu tindakan Achey yang menghargai isteri.

Menerusi video berkenaan, isterinya dibawa ke sebuah kawasan hutan sehinggalah kelihatan Achey sedang menunggu dengan kejutan sempena hadiah hari jadi.

Sementara itu, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang terharu dengan usaha pelawak berkenaan membahagiakan isterinya.

Malah, ada yang berpendapat rezekinya murah kerana sering membahagiakan isteri.

"Bagus betul Achey terbaik hadiahkan tanah untuk isteri tersayang. Rezeki bila berkongsi dengan isteri akan bertambah luas," ujar netizen.

Achey

Artikel Lain