Drama bersiri terbaharu Thailand di saluran Dimsum - Hiburan | mStar

Drama bersiri terbaharu Thailand di saluran Dimsum

BERSEMPENA sambutan festival Songkran yang merupakan salah satu acara wajib di Thailand, perkhidmatan langganan 'video on demand', Dimsum menyediakan kandungan terbaharu tujuh drama bersiri negara itu sepanjang April ini.

Drama-drama yang disajikan kepada penonton adalah daripada genre komedi romantik dan kekeluargaan.

Antara berkenaan termasuk Thong Ake-The Herbal Master, The Cupids, Nakee, Waves of Life dan juga menampilkan My Love from Another Star, Prophecy of Love serta My Husband-in-law.

Ia melibatkan pelakon-pelakon terkenal seperti Mario Maurer, Kimberley Ann, Barry Nadech, James Jirayu, Mark Prin, Ken Phupoom dan Toey Jarinpurn.

Platform ini juga menawarkan kandungan drama Thailand terbesar di Malaysia bertujuan untuk mempromosikan kreativiti dan budaya Thailand di Malaysia.

Dalam pada itu, Dimsum telah mengadakan pra-tonton media bagi kandungan terbaharu drama Thailand di restoran STREAT Thai, Bangsar South baru-baru ini.

Ia turut dihadiri, Menteri Kaunselor Thailand, Amnat Phalapleewan.

Menerusi acara itu, beberapa aktiviti telah disediakan termasuklah penyediaan pencuci mulut Khanom Chor Muang (Pengukus Bunga Dumpling) dan Khao Neeo Mamuang (Beras Manggaa), peragaan pakaian tradisional dan penghasilan kraf beras tradisional.

Dimsum , Thailand , Songkran

Artikel Lain