“Anak aku bekas banduan dan hari ini dia keluar penjara” - Erma Fatima kongsi kisah anak angkatnya - Hiburan | mStar

“Anak aku bekas banduan dan hari ini dia keluar penjara” - Erma Fatima kongsi kisah anak angkatnya

Erma dedah anak lelakinya pernah dipenjara.

PELAKON dan pengarah Erma Fatima mendedahkan anak ketiganya Ahmad Aifin, 21, yang dijaga sejak lahir ditangkap polis dan dikenakan hukuman penjara pada Mei 2016.

Erma, berkata pelbagai dugaan terpaksa dilalui untuk membesarkan anaknya itu namun atas percaturan orang tertentu, Ahmad Aifin kembali ke pangkuan bapa kandungnya.

"Ini anak aku yang ketiga. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yang terbaik semampu aku. Sekolah, agama, kasih sayang, meskipun banyak kekurangan aku.

"Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkan dia. Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya.

"Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan," katanya.

Erma memuat naik video anak lelakinya itu dan membuat pendedahan tersebut menerusi laman Instagram pada Khamis.

Erma berkongsi mengenai anaknya di laman Instagram.

Menurut Erma, dia tidak pernah melawat anaknya itu di penjara disebabkan kerana terlalu kecewa dan sedih.

Biarpun hati Erma kecewa, namun sebagai ibu dia tetap menerima takdir anaknya yang kini bekas seorang banduan.

"Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa, sedih, hancur hati ini... Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia.

"Semua dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak-anak aku yang lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.

"Semua takut aku tak terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya. Walaupun dia tinggalkan aku. Hancurkan hati aku tapi aku tetap ibu dia. Ye anak aku kini bekas seorang banduan," ujarnya.

Dalam pada itu, Erma memberitahu dia meminta izin terlebih dahulu dengan anaknya untuk berkongsi pengalaman itu.

Aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup.

Erma Fatima

Pelakon, pengarah

Menurut Erma, dia ingin berkongsi perkara itu untuk golongan belia menyedari tentang realiti hidup.

"Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku. 'mama tak malu ke beritahu orang anak mama bekas banduan?'.

"Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempuh.

"Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati. Aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup.

"Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini. Itu saja, nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara," ujarnya.

Selain Ahmad Aifin, Erma mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23 dan Nurain, 12.

Erma Fatima

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain