Terlalu cerewet Amira Othman akhirnya pilih lagu ciptaan adik - Hiburan | mStar

Terlalu cerewet Amira Othman akhirnya pilih lagu ciptaan adik

Amira pilih lagu Sambil ciptaan Irfan dan Haiqal.

PENYANYI Amira Othman mengakui menerima beberapa lagu daripada pelbagai komposer ketika mencari single terbaharunya selepas Mimpi Indah.

Amira berkata, dalam tempoh berkenaan lagu ciptaan adiknya iaitu Irfan Haris dan Haiqal berjudul Sambil dipilih dan mempunyai melodi paling dekat dengan hatinya.

"Sebenarnya kebetulan lagu itu datang ketika saya sedang mencari lagu baru. Saya terima banyak demo tapi bila saya dengar lagu ini yang paling berkenan.

"Saya seorang yang cerewet sangat dalam pemilihan lagu. Saya tidak kisah siapa komposer asalkan melodi melekat di hati saya dan pendengar," ujarnya kepada mStar Online.


Irfan dan Amira Othman lancar lagu Sambil

Muzik video lagu Sambil yang dinyanyikan berduet bersama adiknya Irfan Haris itu sudah boleh ditonton di saluran Youtube.

Dalam pada itu, Amira berkata, dia berbincang dan turut memberikan pendapatnya sepanjang proses pembikinan lagu berkenaan.

"Lirik lagu ditulis oleh saudara kami iaitu Ubaidillah, mereka buat lagu ini sudah lama tapi sekarang baru buat keputusan untuk beri pada saya.

"Pada asalnya lagu itu untuk saya tapi ramai pula beri cadangan untuk dinyanyikan secara berduet dengan Irfan.

"Saya turut beri pendapat apa yang baik dan untuk diperbaiki dan diubah. Kami sama-sama akan beri pandangan untuk lagu itu," ujarnya.

Amira Othman , Irfan Haris

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT