suria

Adakah Arif cinta baharu Bella Dally pengganti Nazim?

Bella Dally dikhabarkan sedang berkawan dengan seorang lelaki iaitu seorang ahli perniagaan.

SELEPAS lapan bulan mengumumkan perceraiannya dengan pelakon Nazim Othman, aktres Bella Dally dikhabarkan sudah menemui pengganti.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Arif memuat naik foto mereka sedang menikmati makan malam di sebuah restoran pada Oktober lalu.

Menerusi kapsyen itu, Arif menulis kata-kata seolah-olah mereka sedang dilamun cinta.

"To find someone who will love you for no reason and to shower that person with reasons that is the ultimate happiness (Mencari sesorang yang akan mencintai dirimu tanpa alasan dan mencurahkan kegembiraan paling dalam)," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah lapan bulan bercerai, Nazim masih ditanya 'mana Bella Dally?'

Arif turut hadir menemani Bella pada majlis perkahwinan Elfira Loy dan Faris.

Dia turut membuat pautan nama @Belladally pada kapsyen tersebut.

Dalam pada itu, pengikut laman sosial lelaki berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Selain itu, lelaki dimaksudkan juga hadir menemani pelakon berkenaan di majlis perkahwinan pelakon Elfira Loy baru-baru ini.

Bella dan Nazim berpisah pada 2 Mei 2018.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Bella tidak berjaya apabila dia gagal dihubungi.

Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally, 27, berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 selepas bertunang selama setahun.

Bagaimanapun, pasangan ini mengumumkan sudah bercerai pada 2 Mei 2018.

Bella Dally, Nazim Othman

Artikel Lain