“Ernie adalah orang pertama” - Syamel - Hiburan | mStar

“Ernie adalah orang pertama” - Syamel

Syamel selesa bekerjasama dengan Ernie sejak mempromosikan lagu duet mereka. Foto: M. AZHAR ARIF.

PENYANYI Syamel memberitahu pertama kali dia memberikan lagu ciptaan ialah kepada Erni Zakri, pasangan duetnya untuk lagu Aku Cinta.

Syamel, 25, berkata dia selesa bekerjasama dengan Ernie kerana kemampuan vokal penyanyi itu membuatkan lagu Ku Bersuara menjadi luar biasa.

"Sebenarnya ini kali pertama saya berikan lagu kepada penyanyi lain. Idea ini timbul ketika saya dan dia sering bekerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan berlagak diva tapi sudah tiba masanya Ernie Zakri katakan 'tidak'!


Syamel pertama kali cipta lagu untuk penyanyi lain.

"Ia bermula semasa promosi lagu Aku Cinta dan beberapa acara hiburan lain. Masa itu, saya rasa lebih baik saya mula buat lagu untuk orang.

"Dan Ernie menjadi orang pertama. Alhamdulillah, kerjasama dengan Ernie sangat baik sebab dia rajin buat homework.

"Tambahan pula, kehadiran vokal dia membantu lagi lagu ini menjadi luar biasa," kata Syamel kepada mStar Online.

Syamel memberitahu perkara itu ketika sidang media pelancaran single terbaharu Ernie, Ku Bersuara di Pintu Old Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Syamel.

Menurut pemilik nama Syameel Aqmal Mohd Fodzly ini, lagu tersebut merupakan jalan cerita kehidupan Ernie sepanjang berada dalam industri.

Katanya, lagu yang sudah berada di saluran YouTube sejak 12 Disember lalu itu menceritakan mengenai beberapa individu yang menyebabkan kelewatan Ernie untuk maju ke hadapan.

"Saya buat lagu itu mengikut jalan cerita kehidupan Ernie. Memang ada kena mengena dengan kisah liku-liku kehidupannya dalam industri.

"Beberapa individu terlibat yang menyebabkan kelewatan dia untuk maju kehadapan semuanya dijadikan dalam sebuah lagu," ujarnya.

Syamel , Ernie Zakri

Artikel Berikut

Artikel Lain