“Perkara biasa... Itu asam garam” - Joe - Hiburan | mStar

“Perkara biasa... Itu asam garam” - Joe

Joe enggan memandang ke belakang berhubung isu melanda kumpulan Prime Domestic.

GITARIS terkenal Joe menyifatkan kontroversi yang melanda kumpulannya Prime Domestic termasuk pengunduran Aweera selaku vokalis sebagai asam garam dunia seni.

Enggan terus memanjangkan isu tersebut, Joe atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 49, berkata, dia tidak mahu menoleh ke belakang berhubung isu itu sebaliknya ingin terus ke hadapan bersama barisan ahli sedia ada kumpulan itu.

“Tiada apa yang hendak saya ulas kerana tidak mahu pandang ke belakang. Pada saya itu perkara biasa... Itu asam garam dunia hiburan dan anak seni.

“Sepanjang 32 tahun saya dalam industri ada perkara lebih teruk pernah saya lalui dan isu ini hanya kecil sahaja,” katanya.

Joe ditemui pada sidang media showcase eksklusif The Best of Joe yang diadakan pada Khamis.

Joe bersama pemuzik undangan untuk persembahan The Best of Joe di Hard Rock Cafe pada 9 Disember ini.

Persembahan istimewa itu bakal diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 9 Disember ini bermula 10.30 malam.

Sebelum ini, Aweera mengumumkan pengundurannya daripada Prime Domestic dan sebelum itu pemain gitar, Hillary Ang dan pemain bass, Fauzi turut meninggalkan kumpulan itu.

Bercakap mengenai showcase itu, Joe berkata, dia akan mempersembahkan karya ciptaannya selain lagu komposer lain terutama lagu mengandungi petikan gitar ‘signature-nya’.

Joe berkata, beberapa pemuzik undangan turut ditampilkan pada persembahan itu termasuk anggota kumpulannya, Prime Domestic iaitu Ainol sebagai pemain drum dan Rozaimi (bes).

“Saya juga mengundang Adi yang merupakan pemain keyboard dan vokalis kumpulan Soul Statute untuk menyanyi pada malam itu.

Tinggal kenangan... Joe bersama anggota asal Prime Domestic.

“Manakala penyanyi utama, kita pilih Zul (Electric 5) seorang penyanyi tidak asing dalam arena muzik kelab di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai 15 tahun pengalaman,” ujarnya.

Sementara itu, Joe berkata, latihan sudah pun dimulakan sejak tiga minggu lalu dan menjanjikan persembahan ‘heavy metal’ untuk peminat.

“Kebanyakan lagu yang akan dipersembahkan nanti ada lagu-lagu yang tidak begitu popular namun kegemaran peminat setia ketika saya bersama Wings terutama ketika zaman Mus.

“Sebenarnya peminat sudah lama minta saya buat persembahan sebegini dan Alhamdulillah hasrat itu bakal terlaksana,” jelasnya.

Tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM50 dan boleh dibeli menerusi kaunter di Hard Rock Cafe.

Joe , Prime Domestic , The Best of Joe

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain