Anak mahu bapa baru, minta Rita Rudaini cari pemain bola sepak - Hiburan | mStar

Anak mahu bapa baru, minta Rita Rudaini cari pemain bola sepak

Rita Rudaini bersama dua anak lelakinya Ryan dan Arjuna.

PELAKON Rita Rudaini mendedahkan anak sulungnya Ryan meminta dia untuk mencari pasangan hidup yang boleh menjadi ayah mereka.

Menurut pelakon Mami Jarum ini, Ryan atau nama sebenar Airit Rayyan Rizqin, 9, mahukan seorang ayah yang boleh mengajarnya bermain bola sepak.

Arjuna dan Ryan. 

"Perbualan malam tadi semasa dalam perjalanan balik dari penggambaran drama.

Ryan: Mommy carilah daddy baru.

Mommy: Kenapa pula tiba-tiba suruh Mommy cari daddy?

Ryan: Ryan nak dia ajar main bola.

Mommy: Macam mana kalau daddy baru tu tak pandai main bola?

Ryan: Mommy carilah footballer,

Mommy: (krik,krik)” tulisnya di Instagram.

Rita mendedahkan perbualan bersama anaknya di Instagram.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini binti Mokhtar, 42, berkata perbualan tersebut terhenti apabila dia tidak tahu untuk memberi jawapan yang logik untuk diterima oleh anaknya itu.

Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

Rita Rudaini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain