Aliff Syukri pelik ramai ‘dislike’ lagu barunya sedangkan vokal dah tahap tinggi!

Aliff pelik lagu sudah trending tapi ramai pula yang beri tanda tidak suka.

PENGASAS kosmetik yang juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri berasa hairan mengapa lagu terbaharunya berjudul Biar Apa Orang Kata menerima jumlah dislike (tanda tidak suka) yang tinggi di YouTube.

Menurut Aliff, 31, meskipun dia telah mempersembahkan vokal dan nyanyian yang baik dalam lagu tersebut namun masih belum berjaya memikat hati pendengar.

"Ramai yang dislike, nak kata suara saya tak sedap, rasanya vokal saya dah tahap tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkilan bayar berjuta tapi dilayan macam budak sekolah... Ini komen Astro!

"Trending nombor satu di Malaysia lagi. Apa pandangan korang tentang lagu ni, tolong respons anda suka atau tak suka," tulisnya di Instagram.

Aliff pelik lagu trending tapi ramai dislike.

Lagu Biar Apa Orang kata merupakan ciptaan komposer Edry Abdul Halim dan telah dimuat naik di YouTube pada Ahad lalu.

MV tersebut menerima hampir 600,000 kali tontonan dan mendapat hampir 26,000 tanda tidak suka serta 18,000 tanda suka.

Dalam video muzik tersebut turut ditampilkan beberapa orang barisan selebriti antaranya Wak Doyok, Forteen, Vicha, Arja Lee, Zoey Rahman, Datuk Ziela Jalil dan Lizza Abdullah.

Aliff Syukri membuat luahan di Instagram.

Sementara itu, Aliff berharap lagu tersebut mampu meningkatkan keyakinan diri pendengar kerana mempunyai nilai-nilai positif.

"Saya buat lagu ini khusus kepada mereka yang rasa rendah diri sebab semua orang itu elok tak kira hitam, pendek, gemuk atau putih?," katanya.

Pada pentas akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Ahad lalu, usahawan kosmetik ini meluahkan perasaan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pihak produksi terhadapnya.

Aliff terkilan apabila beberapa orang rakannya yang menjadi penari dalam MV itu tidak dibenarkan bersama di atas pentas GV bagi mempromosikan lagu baharu tersebut.

Aliff Syukri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain