Ika Nabella berang diminta makan bedak, telan peluntur agar kulit putih - Hiburan | mStar

Ika Nabella berang diminta makan bedak, telan peluntur agar kulit putih

Ika Nabella tidak akan putihkan kulit.

PELAKON Ika Nabella berang apabila didatangi segelintir pihak yang menegur wajahnya serta menyarankannya memutihkan kulit.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabella Abdul Rahim, 29, berkata, dia tidak akan melakukan perkara tersebut atas desakan mana-mana pihak sebaliknya berbangga dengan warna kulit gelap yang dimiliki sekarang.

"Oh nak tangkap gambar aku kena naikan glow, kau putihkan muka aku sampai hilang batang hidung kau sunting.

"Kau hina kulit aku pula. Sepanjang hidup aku tak pernah cuba putihkan kulit walaupun kawan-kawan baik aku semuanya putih gebu," ujarnya.

Ika luah rasa marah di Instagram miliknya.

Tambah Ika, dia tidak akan cuba menukar warna kulit berikutan ingin mengekalkan kelainan semulajadi itu.

Malah, dia tidak peduli dengan kata-kata negatif yang dianggap sebagai satu hinaan buat dirinya.

"Saya bangga dengan warna kulit saya dan saya mahu berbeza daripada orang lain.

"Kawan-kawan saya hargai diri saya berbanding warna kulit saya. Orang yang beriya suruh saya makan bedak, telah Clorox (peluntur) itu bukanlah elok sangat pun, biasa-biasa jer," tegrnya.

Ika Nabella

Artikel Sebelum

As'ad Motawh nyaris patah hidung, jari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain