“Ya, suami saya tua, jadi apa masalahnya?” - Shima Anuar - Hiburan | mStar

“Ya, suami saya tua, jadi apa masalahnya?” - Shima Anuar

Shima Anuar sering ditanyak umur suami.

PELAKON Shima Anuar menjelaskan bahawa usia suaminya Mohd Solih Toha yang kini mencecah 50 tahun bukan satu masalah dalam hubungan rumah tangga mereka.

Malah, Shima, 27, mengakui, ahli perniagaan itu masih mampu memberi zuriat dalam rumah tanga yang dibina lebih setahun lalu.

"Ramai sangat yang nak tahu tentang suami saya. Ya dia sudah tua (tapi tidak tua bagi saya).

"Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya beranak,” tulisnya.

Shima Anuar jawab soalan netizen berkaitan usia suaminya.

Pelakon itu memberi penjelasan berkenaan berikutan ramai netizen yang menegur foto dan video yang dimuat naik di laman sosial berkaitan usia suaminya.

Shima berkahwin dengan ahli perniagaan itu pada 8 April 2017.

Dalam pada itu, Shima berkata, dia bersyukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan sentiasa berada disisinya.

"Alhamdulillah, dia seorang yang sangat baik, bertanggungjawab segala kehendak saya ditunaikan. Dia tidak pernah merunggut,  meninggi suara dan sangat penyabar.

"Saya bersyukur dikurniakan suami seperti ini. Jadi apa masalahnya kalau kahwin dengan orang yang lebih berusia?,” soalnya.

Bagaimanapun, Shima berkata, dia tidak marah dengan persoalan berkenaan, sebaliknya berharap kenyataan itu dapat memuaskan hati mereka yang ingin tahu.

Shima Anuar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel