Kenapa perlu kutuk? Betis besar Janna Nick itulah bawa rezeki

Kemunculan Janna Nick menerusi program hiburan Melodi Ahad lalu dikritik netizen. Foto Instagram @meloditv3 & @jannanick

PELAKON Janna Nick melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pihak mengutuk bahagian betis kakinya yang dikatakan kelihatan besar ketika mengacarakan program hiburan Melodi Ahad lalu.

Janna atau Nurul Jannah Muner berkata, dia tidak faham mengapa perkara itu dijadikan isu dan secara sinikal pelakon drama Dia itu memberitahu kerana betis yang besar itulah membawa rezeki kepadanya.

"Betis pun jadi isu, bukan nak jadi bini depa (mereka) pun. Betis besar inilah yang bagi kami makan tau.

"Betis pun korang kutuk, tak faham! Tak suka saya menyanyi, berlakon atau mengacara saya boleh perbaiki diri tapi kalau betis besar nak pergi mana? Buat pembedahan plastik?," katanya di Instagram.

Janna memuat naik status dan video penjelasan di InstaStory miliknya.

Ini bukan kali pertama kemunculan pelakon berusia 23 tahun itu menerusi program itu dikritik kerana sebelum ini dia pernah dihentam kerana memakai seluar ketat selain pengacaraannya yang lemah.

Dalam pada itu, Janna berkata, dia sudah lali dengan kritikan netizen kerana ia bukan sesuatu yang baharu buat dirinya.

"Tak boleh berlakon, orang tak suka kita terima. Tak boleh mengacara, orang benci tidak mengapa kita terima juga. Tak boleh menyanyi orang kutuk kita terima.

"Cakaplah apa pun... Mek (saya) dah takde hati nak layan. Lepas jadi Leftenan Zana ni lagi la tiada perasaan," katanya di Instagramnya.

Janna Nick, Melodi

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain