Wawa Zainal boleh aje berlakon kata Ariel Zafrel - Hiburan | mStar

Wawa Zainal boleh aje berlakon kata Ariel Zafrel

Aeril tidak pernah menghalang isterinya untuk berlakon.

KUALA LUMPUR: Pelakon Aeril Zafrel menafikan dakwaan kononnya dia tidak membenarkan isterinya, Wawa Zainal untuk berlakon.

Aeril, 30, berkata dia tidak kisah sekiranya Wawa ingin berlakon namun isterinya itu kini lebih seronok menguruskan perniagaan mereka.

"Memang Wawa akan bertanya saya terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran berlakon dan saya tak kisah jika dia nak terima tawaran tersebut.

"Tapi tawaran itu biarlah yang bersesuaian dengannya. Namun, buat masa kini, dia lebih seronok uruskan perniagaan.

Wawa kini lebih seronok menguruskan perniagaan.

"Bukan saya menyekat dan tidak benarkan dia berlakon," kata Aeril kepada mStar Online.

Aeril ditemui ketika pada malam gala Anugerah Telenovela 2018 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Aeril meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik menerusi drama lakonannya Mandatori pada malam gala Anugerah Telenovela 2018.

Menurut Aeril, kemenangan tersebut membuatkan dia berasa berbaloi dengan cabaran dan penat lelah menjayakan drama tersebut.'

Drama Mandatori memenangi keseluruhan kategori anugerah Telenovela Terbaik.

"Alhamdulillah, saya tak jangka akan menang kategori itu. Apabila dicalonkan itu pun, saya dah rasa syukur.

"Berbaloi dengan penat dan semua cabaran ketika jalani penggambarang drama itu," ujarnya.

Drama yang bersiaran pada November tahun lalu itu juga merangkul anugerah Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik.

Pasangan gandingan Aeril iaitu Siti Saleha turut memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Terbaik.

Aeril Zafrel , Wawa Zainal

Artikel Sebelum

Awas! Niena Baharun beri amaran

Artikel Berikut

Ashraf Muslim teringin jadi OKU

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor