suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashraf Muslim teringin jadi OKU

Ashraf mahu melakonkan watak seperti orang pekak, buta atau autisme. Foto: SHAARI CHEMAT. .

KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim teringin melakonkan watak sebagai orang kurang upaya (OKU) dalam usaha mempelbagaikan peranan dalam lakonannya.

Ashraf, 36, berkata dia suka watak yang lebih mencabar dari segi perbuatan dan bukan menjadi diri sebenar.

"Saya teringin sangat nak bawa watak sebagai orang cacat sebab tak pernah lagi dapat watak sebegitu.

"Mungkin watak orang yang mempunyai masalah pendengar atau buta dan autisme. Sebab watak itu bukan diri kita sebenar.

Ashraf ingin watak yang lebih mencabar.

"Lagi mencabar sebab perlu menjiwai dari segi perbuatan," kata Ashraf kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu isteri keduanya, Wan Sakinah dijangka bersalin anak keempat pada September depan.

Menurut Ashraf, dia sudah mengetahui jantina bayinya namun mahu merahsiakan sehingga dilahirkan.

"Alhamdulillah kandungan isteri dalam keadaan baik dan tunggu masa sahaja. Insya-Allah dijangka bersalin bulan September depan.

Keluarga Ashraf bakal bertambah tidak lama lagi.

"Saya dah tahu jantina anak tapi biarlah rahsia. Bila dia lahir nanti saya akan kongsi sekali dengan nama.

"Bukan apa, takut nanti kita nak lain, dapat lain. Kita nampak lain, keluar lain pula," ujarnya.

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.

Ashraf Muslim

Artikel Lain