suria

Anuar Zain hibur peminat di Kota Singa Oktober depan

Anuar Zain bakal menghiburkan peminat menerusi konsert terbaharu di Singapura, Oktober depan.

PETALING JAYA: Lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam industri seni, penyanyi Anuar Zain bakal menghiburkan peminat setianya menerusi konsert terbaharu di Singapura, 26 Oktober depan.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 48, menjanjikan satu persembahan memukau dengan seleksi lagu-lagu hits miliknya menerusi konsert itu.

Konsert yang dinamakan Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 bakal diadakan di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Peminat yang hadir ke konsert itu bakal menyaksikan kehebatan vokal penyanyi itu yang pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Musik dan Anugerah Industri Muzik.

Peminat yang bakal hadir ke konsert itu pastinya tidak sabar untuk mendengar kelunakan vokal Anuar Zain.

Antara lagu-lagu hits Anuar yang sering menjadi siulan ramai termasuklah Sedetik Lebih, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Bila Resah dan Sesucinya Cintamu.

Bagi mereka yang berminat, tiket boleh didapati di semua lokasi penjualan tiket SISTIC di Singapura.

Selain itu, tiket juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.sistic.com.sg bermula 3 Ogos depan.

Tiket dijual pada harga SGD$228, (RM680), SGD$188 (RM561), $SGD158 (RM471), $SGD128 (RM381) dan $SGD98 (RM292).

Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh juga layari www.hyperecords.com.

Anuar Zain, Konsert, Singapura

Artikel Lain