suria

“XPDC tarik diri tanpa sebab” - Penganjur Konsert Metal Legend II

Konsert Rockstar dan Konsert Metal Legend II bakal diadakan di Johor pada 7 dan 8 September depan.

PETALING JAYA: Syarikat penganjur Dream Stage menafikan dakwaan mereka mengugurkan kumpulan XPDC daripada senarai artis yang terlibat dalam Konsert Metal Legend 2 Live In JB.

Wakil pihak penganjur tersebut Azhar Mat Noh sebaliknya berkata, kumpulan rock itu sendiri yang membuat keputusan menarik diri daripada konsert itu namun tidak memberikan sebab berbuat demikian.

"Kami sememangnya tidak mempunyai masalah dengan XPDC dan setuju dengan perancangan sudah dibuat sejak awal.

"Pihak Kami ada menaikkan status makluman pembabitan mereka dan Cromok dalam konsert itu di laman sosial namun dikejutkan dengan tindakan mereka yang memuat naik kembali status itu beserta penafian terlibat dalam konsert itu.

"Tiada sebarang makluman secara rasmi daripada pengurusan atau anggota XPDC sendiri dan ia hanya diberitahu menerusi laman sosial," katanya kepada mStar Online.


Cromok akan berkongsi pentas dengan Sil Khannaz.

Sebelum ini, difahamkan konsert yang bakal diadakan di Stadium Perbandaran Pasit Gudang (PPG), Johor itu menggabungkan dua kumpulan rock legenda, XPDC dan Cromok.

Bagaimanapun, konsert yang akan berlangsung pada 8 September depan itu akan menyaksikan Cromox berkongsi satu pentas yang sama dengan kumpulan Sil Khannaz.

Terdahulu, Konsert Metal Legend Live In Concert yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada 3 Februari lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada 5,000 peminat.

Tambah Azhar, pihak mereka terima secara positif dengan keputusan XPDC dan mencari pengganti yang sesuai untuk digandingkan dengan Cromok dalam konsert itu.

Prime Domestic.

"Kami ada buat tinjauan dalam kalangan peminat dan pelbagai nama kumpulan yang dicadangkan dan akhirnya bersetuju memilih Sil Khannaz yang dianggap tepat dengan konsep muzik metal.

"Tiada maklum balas negatif daripada peminat mengenai ketiadaan XPDC dan mereka juga terbuka menerima Sil Khannaz sebagai pengganti," ujarnya.

Sehari sebelum Konsert Metal Legend 2 Live In JB berlangsung, peminat berpeluang menyaksikan Konsert Rockstar yang menampilkan Ella dan Prime Domestic di lokasi yang sama.

Pembelian tiket dan maklumat Konsert Rockstar dan Konsert Metal Legend 2 Live In JB boleh dibuat dengan melayari www.ilassotickets.com.

XPDC, Cromok, Prime Domestic, Ella

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain