suria

Hairul Azreen beberapa kali menangis

Hairul menahan kesakitan selama dua minggu kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi.

KUALA LUMPUR: Pelakon Hairul Azreen mendedahkan dia beberapa kali menangis ketika menjalani penggambaran filem Paskal.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 30, berkata perkara itu terjadi disebabkan dia menahan kesakitan disebabkan tulang jari kanannya patah.

"Saya tak pernah jalani penggambaran sampai berlaku kecederaan seteruk ini. Kejadian itu berlaku ketika saya melakukan latihan sendiri.

"Sebab nak menjiwai watak askar itu. Saya berlakon dalam keadaan sakit. Banyak kali juga saya menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu tanggung sakit, akhirnya Hairul Azreen jalani pembedahan


Hairul mengalami kecederaan ketika menjalani latihan sendiri pada 9 Mac lalu.

"Bayangkan saya pegang senjata dalam keadaan sakit. Tapi demi menjayakan watak itu, saya sanggup menahan sakit," kata Hairul kepada mStar Online.

Hairul ditemui ketika Tayangan Eksklusif dan Sesi Beramah Mesra dengan barisan artis Pelangi Cinta di Pavilion, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Hairul mendedahkan perkara tersebut menerusi Instagramnya pada 30 April lalu.

Hairul pertama kali diberi watak besar menerusi filem aksi.

Tambah Hairul lagi, ketika itu dia hampir berputus asa untuk meneruskan penggambaran namun memikirkan ia satu peluang yang besar buatnya.

"Ada ketika itu, saya rasa sampai dah tak boleh nak teruskan. Tapi bila fikir balik, ini satu benda yang besar.

"Lagipun saya dapat berlakon dengan pelakon Hollywood iaitu Tiger chen. Satu permulaan yang baik untuk saya.

"Malah, saya rasa bangga jari patah. Alhamdulillah, dengan izin tuhan dapat saya selesaikan penggambaran," ujarnya.

Filem yang mengenai Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diarahkan oleh Adrian Tan, menjalani penggambaran di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Mahgribi.

Ia turut menampilkan pelakon seperti Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Hairul Azreen

Artikel Lain