suria

“Dia 'old school', tapi setakat ini tak curi skrip buat drama” - Adik Erma Fatima

Erma muat naik status milik Khairul Abdullah.

ADIK kepada penerbit dan pengarah Erma Fatima, Betty Rahmad menjelaskan status yang dimuat naik di Instagram kakaknya pada Jumaat merupakan hasil tulisan oleh individu lain yang dikongsikan di kumpulan WhatsApp.

Betty berkata, status yang dimuat baik oleh pelakon Mak Cun itu tidak memberikan kredit kepada penulis sebenar disebabkan wanita berkenaan kurang mahir menggunakan Instagram.

"Cuba korang cek IG posting Erma Fatima, dia memang sejenis tidak reti tag atau hastag. Sejenis buta IT, bukan niat dia nak mencuri artikel dan ambil kredit encik penulis.

Status yang dimuat naik Betty mempertahankan kakaknya, Erma.

"Dia dapat dari grup WhatsApp lepas tu copy and paste dekat IG tanpa fikir panjang," tulisnya di akaun Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak guna kerajaan baharu tapi..."

Betty menjelaskan perkara itu selepas status Erma Fatima berkaitan kerajaan baharu tular di media sosial pada Jumaat.

Bagaimanapun, penulis sebenar status berkenaan iaitu Khairul Abdullah tampil menyelar tindakan penerbit itu yang tidak memberikan kredit kepada dirinya sehingga ramai menyangka ia merupakan tulisan asli pelakon itu.

Betty (tengah) disamping dua orang kakaknya, Erma (kiri) dan Datin Seri Umie Aida.

Selain itu, Betty berkata, penjelasan yang diberikan itu bukan untuk menyibuk sebaliknya menjernihkan keadaan.

"Maaf bukan nak menyibuk, perlu terangkan memandangkan kakak saya buta IT, IG stories pun tak reti pakai. Yang dia tahu buat skrip guna laptop.

"Sangat old school tapi setakat ini takda curi skrip orang lain buat drama, itu pasti," ujarnya.

Dalam pada itu, Betty turut memohon maaf kepada penulis asal catatan tersebut yang tersinggung dengan perbuatan kakaknya itu. 

Dia turut menasihatkan supaya Erma lebih berhati-hati ketika memuat naik apa sahaja status di laman sosial selepas ini.

Artikel Lain