Remy Enggan Kongsi, Takut Tak Jadi - Hiburan | mStar

Remy Enggan Kongsi, Takut Tak Jadi

Remy mengikat tapi pertunangan pada Mei lalu.

PELAKON Remy Ishak memberitahu dia belum membuat sebarang persiapan perkahwinan dengan tunangannya iaitu seorang ahli perniagaan Ezza Yusof.

Remy berkata, dia juga belum mempunyai rancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

"Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa.

"Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat," ujarnya kepada mStar Online.

Remy mengikat tali pertunangan pada Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman wanita itu.

Pelakon Cinta Jangan Pergi ini mengakui dia kurang selesa untuk berkongsi tentang hubungan tersebut kepada umum.

"Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu.

"Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami," ujarnya.

Remy Ishak memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki (Drama) Terbaik, ASK2017.

Dalam pada itu, Remy yang merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki (Drama) Terbaik menerusi drama Pesan Dari Tuhan di Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) Jumaat lalu mengakui belum bersedia menerima watak antagonis.

Katanya, dia berasa masih belum layak dan cukup ilmu untuk membawakan watak berkenaan.

"Pesan Dari Tuhan merupakan drama pertama saya membawakan watak antagonis itu pun selepas bergaduh dengan pengarah Erma Fatima.

"Saya terima pada awalnya bukan watak antagonis tapi kemudian Erma tukar watak saya menjadi watak antagonis. Kami ada bergaduh tentang watak dan kemarahan saya dalam drama itu sebenarnya ditujukan kepada Erma," ujarnya.

Remy Ishak

Artikel Sebelum

Achey Tak Sangka Dapat Sejuta

Artikel Berikut

Air Mata Amaris Menitis

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal