Mus Masih Tak Ingat - Hiburan | mStar

Mus Masih Tak Ingat

Ingatan Mus masih kurang memuaskan mungkin kesan akibat ubat-ubatan diambilnya.

PENYANYI May, Mus masih tidak dapat mengingati banyak peristiwa lalu selepas sembilan hari berada dalam keadaan koma akibat jangkitan kuman dalam darah.

Namun apa yang penting, Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, sudah beransur sihat dan dapat melakukan kerja-kerja harian walaupun ingatannya itu belum memuaskan.

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik , sudah  mampu bergerak dan melakukan aktiviti harian cumanya ingatan saya sedikit terbatas dan tak mampu nak mengingati semua perkara yang berlaku terutamanya hal-hal yang terjadi sebelum koma.

“Saya memerlukan sedikit masa dalam proses memulihkan semula ingatan dan ia mungkin kerana kesan ubat-ubatan sepanjang rawatan ,” katanya kepada mStar Online.

Mus ditemui di Hospital Ampang, Selangor pada petang Isnin.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai lalu akibat demam panas berpanjangan sebelum koma dan kemudian dipindahkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan susulan.

Mus (dua dari kanan) bersama anggota kumpulan May.

Penyanyi lagu Cintamu Mekar Dihati ini disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah dan telah menjalani ujian imbasan otak dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) serta telah melalui proses pertukaran plasma bagi menggantikan darah yang dijangkiti kuman.

Dalam pada itu, doktor memaklumkan kepada Mus, dia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan bagi memulihkan ingatan kembali.

Dia yang sudah dibenarkan pulang hujung minggu lalu dimasukkan semula ke hospital kerana mengalami gastrik dan dijangka pulang pada bila-bila masa.

“Kalau semuanya sudah stabil, saya dibenarkan pulang ke rumah dan hanya perlu menjalani rawatan seminggu sekali bagi memastikan tahap darah saya kembali normal dan pulih seperti biasa.

“Sekarang ini semuanya semakin baik dan saya tak sabar nak menghiburkan peminat semula, cumanya saranan doktor agar saya berehat daripaada menyanyi dalam tempoh dua bulan bagi memastikan tubuh saya benar-benar kuat untuk bekerja semula,” katanya yang sering ditemani isteri, Suraya Bahari.

Mus (May)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini