Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada - Hiburan | mStar

Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada

Norlia Ghani

PELAKON veteran Norlia Ghani kesal dengan segelintir penerbit drama yang lebih mementingkan nilai komsersil dalam sesebuah karya berbanding mesej kepada masyarakat.

Norlia, 69, berkata, andai itu permintaan penonton penerbit harus seimbangkan perkara tersebut agar masyarakat turut mendapat manfaat daripada setiap karya yang dihasilkan, bukan sekadar hiburan dan mengejar rating semata-mata.

"Saya melihat situasi ini sedang berlaku dalam industri drama dan perkara ini tanpa sedar mengetepikan peranan orang-orang lama seperti saya seolah-olah tiada fungsinya lagi.

"Bayangkan, demi menjaga nilai komersil, watak ibu atau nenek adakalanya tidak masuk akal.

"Mana tidaknya, pelakon nenek itu hampir sebaya dengan anak dan cucu! Bagaimana penonton nak rasa lakonan tu. Cukupkah hanya bergantung pada teknik solekan untuk nampak berusia?" soalnya kepada mStar Online. 

Norlia Ghani (duduk dua dari kanan) bersama rakan-rakan artis seangkatan dengannya.

Norlia atau Norlia Ghani Abdul Hamid ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Ulu Klang pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Norlia yang pernah popular dengan watak Joyah menerusi drama rantaian Opah sekitar tahun 1980-an dulu berkata, perkara ini secara tidak langsung membuatkan dirinya rasa terpinggir.

Malah dia turut mengakui sejak Ramadan lalu, dirinya tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

"Bukan tidak percaya kepada rezeki tetapi kadang-kadang faktor-faktor sebeginilah membuatkan orang-orang lama seperti saya rasa terpinggir dan tidak diperlukan lagi dalam industri.

"Agak sedih jugalah sehingga saya terfikir ada lagi ke penerbit dan pengarah drama seperti Rashid Sibir sekarang ni?

"Dia antara penerbit yang peka pada kisah-kisah kemasyarakatan yang lebih realistik dan saya percaya penonton masih mahukan karya-karya sebegitu untuk ditonton," ujarnya dalam nada terkilan.

Norlia memulakan kerjaya lakonannya di layar perak menerusi filem Kanchan Tirana bersama Allayarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1969 dan sehingga kini telah berlakon kira-kira 16 buah filem.

Norlia Ghani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain