Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Paha Aaron Aziz - Hiburan | mStar

Jangan Marah Soo Wincci Duduk Atas Paha Aaron Aziz

Soo Wincci dan Aaron Aziz pertama kali bergandingan menerusi filem terbaru mereka.

PELAKON Dr Soo Wincci berharap tidak ada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka, Kau Yang Satu.

Soo Wincci, 31, berkata isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik sudah memberi lampu hijau untuk dia melakonkan babak seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha pelakon tersebut.

"Sebelum kami menjalani penggambaran, saya dan Aaron ada memasuki kelas drama untuk mencari keserasian memandangkan ini kali pertama kami bergandingan dan perlu melakonkan babak-babak mesra.

"Masa tengah latihan memang tidak dinafikan saya kekok untuk berlakon babak sebegitu dengan dia. Namun, bila sudah berada di dalam set kami perlu berikan yang terbaik.

Salah satu babak mesra lakonan Soo Wincci dan Aaron. 

"Memang mulanya segan juga sebab isteri Aaron, Diyana turut ada ketika itu. Nasib baik Diyana seorang yang sangat memahami dan dia benarkan saya dan Aaron melakonkan babak mesra," kata Soo Wincci kepada mStar Online.

Dalam pada itu, bekas Ratu Cantik Malaysia ini berkata, dia sudah bersedia menerima sebarang kritikan dan kecaman terhadap lakonannya sebagai Isabella. 

Sementara itu, Soo Wincci yang pertama kali memegang watak antagonis menerima pujian ramai selepas majlis malam tayangan perdana filem tersebut pada Khamis lalu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Soo Wincci bersedia menerima tawaran watak antagonis selepas ini. 

"Watak Isabella ini sangat berbeza dengan diri saya. Yang pasti, penonton akan lihat kelainan daripada lakonan saya sebelum ini.

"Mungkin ramai akan kecam dan kritik tapi saya sudah bersedia dengan semua itu. Bila penonton kecam, maknanya lakonan saya menjadi.

"Saya akan terima negatif atau positif komen yang mereka akan berikan selepas menonton filem ini," ujarnya.

Filem adaptasi novel karya Nia Azalea ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.

Soo Wincci

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain