Ifa Raziah Tunggu 20 Tahun Rasai Nikmat Kejayaan - Hiburan | mStar

Ifa Raziah Tunggu 20 Tahun Rasai Nikmat Kejayaan

Ifa Raziah baharu sahaja muncul dengan single terbaharu berjudul Terus Terang selain bakal bertindak sebagai pengkritik menerusi program realiti D'Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Foto LOW BOON TAT

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Ifa Raziah tidak menolak segelintir pihak kurang senang dengan karier yang dilihat semakin berkembang sejak merangkul trofi Artis Versatil Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29), Mei lalu.

Ifa, 41, berkata, kejayaan dikecapinya hari ini tidak seharusnya dicemburui kerana ia bukan datang secara bergolek sebaliknya hasil berkat kesabaran dan usaha sepanjang 20 tahun terlibat sebagai anak seni.

Ifa mengakui ada pihak kurang senang dengan pencapaiannya.
"Tuah saya dalam bidang seni jujurnya memang lambat dan hanya mula nampak hasilnya selepas bekerja keras selama 20 tahun bergelar anak seni.

"Tidak perlu berasa kurang senang atau menyimpan hasad dengki dan berilah peluang saya hendak merasai segala usaha keras saya selama ini.

"Alhamdulillah sejak memenangi trofi di ABPBH29 baru-baru ini rezeki saya semakin murah selain mendapat pelbagai peluang yang belum pernah saya peroleh sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Ifa baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Terus Terang hasil ciptaan DJ Fuzz dan turut menampilkan kumpulan Lawa Nie Geng.

Penyanyi itu juga diundang sebagai pengkritik tetap program realiti popular Indonesia iaitu D'Academy Asia musim kedua yang bakal bersiaran bermula 23 Oktober ini.

Dalam pada itu, Ifa berkata, dia yakin lagu terbaharunya itu dapat diterima baik oleh pendengar memandangkan stesen radio swasta di negara ini mula terbuka terhadap lagu-lagu genre dangdut.

Malah kata Ifa, dia sendiri akan turun ke stesen-stesen radio tempatan bagi mempromosikan lagu berkenaan selain artis-artis dangdut lain.

"Saya akan adakan promosi di stesen radio bukan sahaja untuk lagu sendiri tetapi saya lihat ia juga sebagai satu tanggungjawab saya sebagai presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (Bintang).

"Dengan cara itu saya turut dapat mempromosikan penyanyi-penyanyi dibawah naungan Bintang kerana ada di antara mereka yang mempunyai lagu baharu.

Ifa bakal mengembangkan karier seninya ke Indonesia dan Australia.

"Stesen radio hari ini juga saya lihat sudah terbuka memutar lagu-lagu dangdut dan ini adalah satu perkembangan positif," jelasnya.

Sementara itu, Ifa berkata, dia juga bakal melancarkan Terus Terang di Indonesia selepas tugasnya sebagai pengkritik D'Academy Asia tamat.

Malah kata Ifa, pihak Sony Music Malaysia juga sedang berbincang dengan wakil di Australia untuk merakamkan lagu berkenaan dalam versi bahasa Inggeris untuk pasaran negara itu.

"Saya teruja dengan perancangan disusun pihak Sony Music untuk Terus Terang dan berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan baik.

"Insya-Allah saya akan rakamkan versi terbaharu Terus Terang untuk pasaran Indonesia dan Australia," jelasnya.

Ifa Raziah , Terus Terang , D'Academy Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Johan As'ari Akui Sudah Bosan Jadi Baik

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.