Pencapaian Besar Fathia Pinjamkan Suara Dalam Filem 'Kabali' - Hiburan | mStar

Pencapaian Besar Fathia Pinjamkan Suara Dalam Filem 'Kabali'

Fathia teruja apabila berpeluang meminjamkan suara untuk versi bahasa Melayu filem Kabali yang bakal ditayangkan pada 22 Julai ini. Foto GLENN GUAN
PETALING JAYA: Pelakon Fathia Latiff menganggap peluang meminjamkan suara menerusi filem Kabali  lakonan Rajinikanth versi bahasa Melayu adalah satu pencapaian besar dalam karier seninya.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 28, berkata, menerusi filem itu nanti dia akan mengalih suara watak anak kepada Rajinikanth iaitu Dhansika.

"Apabila mendapat tawaran tersebut daripada penerbit saya terus bersetuju kerana Kabali adalah sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat Rajinikanth.

Fathia berada di Chennai, India untuk melakukan proses rakaman suara. 

"Ia juga satu penghormatan besar buat saya kerana dalam banyak-banyak pelakon saya terpilih.

"Harap-harap nanti penonton akan menyukai versi bahasa Melayu itu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fathia berkata, dia telah pun selesai menjalani proses rakaman suara tersebut yang diadakan di Chennai, India selama tujuh hari.

Kata Fathia, ia pengalaman menyeronokkan kerana selain dapat belajar tentang proses tersebut dengan betul dia turut merasai bekerjasama dengan kru produksi asal filem berkenaan.

"Selain saya, Datuk Jalaluddin Hassan pun turut ke Chennai untuk rakaman suara dan ia pengalaman yang cukup berharga.

"Ia juga mencabar kerana saya kena memastikan pergerakan mulut dan suara sama agar tidak nampak pelik.

"Alhamdulillah produksi di sana banyak membantu melancarkan semua proses rakaman suara," ujarnya.

Kabali yang turut menampilkan beberapa pelakon Malaysia seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim dijangka ditayangkan di pawagam bermula 22 Julai ini.

Dalam perkembangan lain, Fathia berkata, dia akan berada di Barcelona untuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri yang menggandingkannya bersama Kamal Adli.

Fathia Latiff , Kabali

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?