Intan Ladyana 'Hilang' Kerana Putus Cinta Dengan Kamal Adli

Intan tidak menafikan punca dia lenyap daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli. Foto CHAN TAK KONG
PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana tidak menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli.

Intan, 34, berkata, dia mengambil keputusan mendiamkan diri kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi besar sehingga menyebabkan timbul perbalahan di antara kedua-dua belah pihak.

"Saya akui salah satu sebab saya berehat seketika sebelum ini kerana perkara itu kerana seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara itu.

"Kalau saya keluarkan kenyataan nanti ia akan menyebabkan ada susulan lain yang pada akhirnya ia tidak akan berkesudahan.

Intan berehat selama setahun untuk berehat dan melakukan aktiviti yang jarang dapat dilakukannya.

"Lebih baik saya berdiam diri sahaja dan ia lenyap dengan sendirinya," katanya kepada mStar Online.

Mengulas tentang hubungannya dengan Kamal kini, Intan berkata, mereka tidak mempunyai sebarang masalah namun masih belum sempat bertemu sejak berpisah.

Dalam pada itu, Intan tidak mahu lagi bercakap tentang soal peribadi kepada umum kerana bimbang kejadian serupa berlaku sehingga menimbulkan rasa malu kepada dirinya.

Jelas Intan, jika dia mempunyai teman lelaki sekali pun dia tidak akan bercerita mengenainya selagi belum ada apa-apa ikatan sah di antara mereka.

"Jika tentang perkara lain atau perkembangan karier, saya akan kongsi tetapi tidak lagi tentang peribadi.

"Status saya sekarang? Rahsia. Biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diheboh-hebohkan sama ada saya ada kekasih atau pun tidak," katanya.

Bercakap mengenai tempoh hilangnya sebelum ini, Intan berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.

Kamal Adli.

Malah kata Intan, sepanjang tempoh itu juga, dia dapat melakukan rutin yang jarang dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.

"Saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sebelum ini dan tindakan mengambil rehat panjang itu sebenarnya tepat kerana saya memang memerlukannya.

"Selain melancong dan melakukan rutin harian yang jarang dapat saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Intan berkata, Ramadan tahun ini dia kembali merancakkan aktiviti seninya dengan menghadiri jemputan berbuka puasa bersama anak yatim atau acara hiburan lain.

Bagaimanapun  dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan dan hanya kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.

"Bulan Ramadan ini juga saya ingin ambil kesempatan merebut untuk beribadah dan menghabiskan masa bersama keluarga dan sesekali menghadiri acara hiburan jika ada jemputan.

"Insya-Allah selepas hari raya barulah saya akan kembali aktif berlakon kerana sudah setahun juga tidak berlakon," ujarnya.

Intan Ladyana, Kamal Adli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain