Soo Wincci Bakal Bergelar Doktor Falsafah - Hiburan | mStar

Soo Wincci Bakal Bergelar Doktor Falsafah

Soo Winnci

PETALING JAYA: Selepas enam tahun bertungkus lumus menyiapkan tesisnya, penyanyi dan pelakon Soo Wincci akhirnya bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Soo Wincci, 31, berkata, dia tidak dapat menahan sebak saat pemeriksa dan pensyarah yang menyelia tesisnya memaklumkan dia telah lulus sekali gus layak menerima gelaran doktor falsafah.

"Saya tidak dapat mengawal perasaan saat diberitahu oleh penyelia tesis saya bahawa saya telah lulus.

"Pertama kali dalam hidup saya menangis selama satu jam tanpa henti kerana mengenangkan perjalanan selama enam tahun demi mencapai cita-cita saya untuk memiliki Ijazah Kedoktoran," katanya.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan kerana terkenangkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan sepanjang tempoh enam tahun menyiapkan tesisnya.

Soo Wincci memegang tesisnya.
Malah katanya, dia terpaksa mengenepikan soal cinta semata-mata ingin merialisasikan impiannya itu.

"Sepanjang tempoh itu banyak yang saya korbankan termasuk masa untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan malah percintaan demi merialisasikan impian ini.

"Tidur saya tidak pernah cukup selain saya hampir tidak mengenali diri sendiri dan kini saya dapat berehat dengan sepuas-puasnya," ujarnya.

Malah Soo Wincci menerusi statusnya di Facebook itu turut berkongsi kepayahan menyiapkan tesisnya itu apabila cadangan kertas kerjanya sering ditolak namun dia tidak berputus asa.

"Saya tidak ingat berapa kali tesis saya ditolak oleh pensyarah dan pembetulan terpaksa dibuat sehingga pada satu tahap saya dimarahi oleh orang terdekat yang meminta agar saya tidak lagi memaksa diri untuk belajar.

"Bagaimanapun saya perlu bekerja kuat dalam merialisasikan impian dan visi saya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Soo Wincci berkata, ijazah kedoktoran itu adalah permulaan baharu baginya selain mempunyai misi untuk membantu lebih ramai masyarakat agar mencapai impian mereka.

Majlis konvokesyen penganugerahan ijazah doktor falsafah kepada Soo Wincci dijangka diadakan pada Oktober depan.
Soo Wincci

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain