Siti Nurhaliza Hamil Hampir Dua Bulan - Hiburan | mStar

Siti Nurhaliza Hamil Hampir Dua Bulan

Datuk Siti Nurhaliza
PETALING JAYA: Selepas Sembilan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya hamil hampir dua bulan.

Berita kehamilan itu dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat yang memetik sumber keluarga terdekat penyanyi itu.

Mengikut perkiraan, Siti, 36, dijangka bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun depan.

Kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila dia menggambarkan seolah-olah sedang berbadan dua selepas bergurau dengan Hetty Koes Endang semasa konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya minggu lalu.

Dalam konsert itu Hetty berkata jika Siti mengandung dia akan memberikan hadiah mikrofon paling mahal.

Siti juga turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

Namun Siti dan juga suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K tidak menafikan dan juga tidak mengiyakan mengenai perkembangan berita baik itu.

Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.

Dalam perkembangan berkaitan Siti Nurhaliza terus mendapat ucapan tahniah daripada peminat menerusi komen-komen di Instagram miliknya.

Kebanyakan mereka melahirkan rasa syukur dan gembria dengan berita itu selain mendoakan kesihatan Siti.

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006.
Siti Nurhaliza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain