suria

Sharnaaz Ahmad Intai Peluang Ke Hollywood

Sharnaaz Ahmad menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem pada ASK2015.
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad sedang mengintai peluang di Hollywood menerusi beberapa uji bakat yang dihadirinya.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, bagaimanapun menyifatkan perkara itu masih terlalu awal untuk dikongsikan dan akan memberitahu kepada umum sekiranya ada berita baik mengenainya.

"Saya mahu ke Hollywood. Ada beberapa uji bakat yang dihadiri tetapi saya tak mahu beritahu produksi mana.

"Apa-apapun nanti dulu, masih terlalu awal untuk dikongsikan. Jika saya dapat peluang itu juga, semestinya saya akan buat sehabis baik," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kemenangannya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) menerusi filem Gila Baby, Sharnaaz menyifatkan kegigihannya berlakon dalam filem itu ternyata berbaloi.

"Bukan senang berlakon dalam Gila Baby apatah lagi pengarahnya, Khabie Bhatia mempunyai idea yang pelik-pelik.

"Malah saya terpaksa memakai seluar dalam sahaja bagi salah satu babak dalam filem itu. Berbaloi juga saya tebalkan muka tampil tanpa pakaian. Hahaha..." selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal terlibat dengan telefilem aksi berjudul Bomba arahan Bade Azmi itu bakal ditayangkan di saluran RTM.
Sharnaaz Ahmad

Artikel Berikut

Artikel Lain

Duka dipecat Chelsea, Lampard luah rasa hati