Juara Da'i Hilang Semangat Akibat Bapa Sakit Tenat - Hiburan | mStar

Juara Da'i Hilang Semangat Akibat Bapa Sakit Tenat

Hamidah berhasrat untuk bergelar penulis. Foto THE STAR/AZHAR ARIF
PETALING JAYA: Juara Da'i musim ketiga iaitu Hamidah memberitahu semangatnya ketika menyertai program berkenaan hampir hilang selepas mendapat khabar bapanya sakit tenat.

Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Ab Razak, 23, berkata, fikirannya sentiasa terkenangkan keadaan bapanya sehingga menyebabkan fokus dia ketika bertanding terganggu.

"Saya secara jujurnya tidak pernah terfikir akan menjuarai pertandingan ini kerana fokus saya terganggu selepas mendapat tahu ayah sakit tenat.

"Bagaimanapun apabila saya muhasabah diri, saya masuk program ini bukan sahaja kerana ingin menimba ilmu dan berdakwah tetapi juga demi keluarga di kampung.

"Alhamdulillah semangat saya kembali dan gembira apabila keluarga termasuk ayah yang semakin pulih turut hadir menyaksikan persembahan saya pada peringkat akhir," katanya kepada mStar Online.

Hamidah menerima trofi kemenangan daripada Datuk Kazim Elias yang juga Mursyid Da'i.

Terdahulu Hamidah berjaya menumpaskan dua lagi peserta akhir pertandingan itu, Fuad dan Hidayu.

Da'i musim ketiga berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Ahad lalu.

Kemenangan itu melayakkan Hamidah membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 tajaan TV3 berserta hadiah sampingan lain.

Selain itu Hamidah turut membawa pulang trofi dan sebuah iPad selepas dipilih sebagai Da'i Pilihan D' Herbs - pengiktirafan buat peserta menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung.

Bercakap mengenai perancangan masa hadapannya, Hamidah memberitahu dia menyimpan hasrat untuk bergelar penulis selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Aqidah.

Tiga peserta akhir Da'i (dari kiri), Fuad, Hamidah dan Hidayu.

"Sejak dari dahulu lagi saya memang minat untuk bergelar penulis kerana menerusi penulisan saya rasa lebih mudah untuk berdakwah dan berkongsi maklumat dengan cara santai dan mudah difahami.

"Bagaimanapun buat masa ini saya ingin kembali fokus kepada pengajian di universiti yang berbaki setahun lagi," katanya.

Tambah Hamidah, dia teruja apabila mendapat hadiah kemenangan antaranya sebagai kolumnis selama enam bulan di Majalah-i.

"Saya akan gunakan peluang berkenaan untuk berkongsi ilmu selain mengasah bakat penulisan," katanya.

Da'i Hamidah , Da'i musim ketiga

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain